(Photo : www.mamechichi.blogspot.co m)
BAHAN :
1 kg kerang
3 batang serai diketuk
6 camb kicap manis
1 camb jus limau kasturi
5 biji cili padi ditumbuk halus
CARA MEMBERSIHKAN KERANG:
Masukkan kerang di dalam besen kecil & masukkan air hingga menutup paras kerang. Berus kerang dgn menggunakan berus sabut secara merata & serentak (bukan satu persatu). Buang air yang kotor & tukar dgn air baru. Berus lagi & ulangi proses menukar air beberapa kali hingga air cucian kerang menjadi bersih. Sejatkan kerang.
CARA MEREBUS KERANG :
Panaskan air setengah periuk bersama serai. Tunggu hingga air mendidih baru dimasukkan kerang. Tutup periuk & masak sehingga air mendidih lagi sekali. Angkat & sejatkan kerang. Cara rebusan ini menghasilkan kerang yang masak dgn sempurna & kulit kerang juga bersih. Kerang yg dimasukkan awal tanpa menunggu air mendidih akan menyebabkannya terlebih masak & mengurangkan rasa manisnya manakala kerang yg 'direbus' tanpa menggunakan air akan membuatkan kulit kerang kotor & berkeladak.
CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP:
Satukan kicap manis, limau kasturi & cili padi di dalam satu mangkuk. Hidangkan bersama kerang rebus. (Jika inginkan sambal yg lebih pedas boleh lebihkan cili padi)
No comments:
Post a Comment