Wednesday, March 30, 2011

Spaghetti Carbonara






BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
100g lala
100g udang
100g isi ikan dihiris nipis
100g isi ketam
100g sotong
5 biji cendawan butang besar dihiris nipis
1 cawan krim putar
2 camb minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh herba Itali
Garam, gula, lada sulah secukup rasa.

CARA:
Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan lala, udang, isi ikan, isi ketam, sotong dan cendawan butang. Masakkan selama 2 minit. Masukkan krim putar dan spaghetti. Sesuaikan rasa dengan gula, garam & lada sulah. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, March 27, 2011

Spaghetti Blanca


BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
500g udang direbus & buang kulit
125g abalone dipotong dua
1 tin tomato puri
8 ketul tiram bersama kulit
1 tangkai daun bawang dihiris halus
1/2 cawan stok ayam
1 sudu besar hirisan daun salam
1 sudu besar hirisan daun parsli
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lada merah dihiris halus
Gulu dan garam secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih, daun bawang & lada merah hingga agak layu. Masukkan tomato puri dan stok ayam. Apabila mendidih masukkan udang, tiram, abalone. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan daun salam & daun parsli. Sesuaikan rasa gula & garam. Hidangkan kuah bersama spaghetti.


Thursday, March 24, 2011

Spaghetti Bolognese





BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
250g daging kisar
1 tin tomato puri
3 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 cawan air
Sedikit cendwan butang dihiris atau mixed vege (karot, kacang pis, jagung)
Garam & gula secukup rasa

CARA: 
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.   Masukkan tomato puri, daging kisar & air. Masak hingga mendidih dan agak pekat.  Masukkan cendawan butang atau mixed vege. Sesuaikan rasa gula & garam.

4. Hidangkan spaghetti di atas pinggan. Tuangkan kuah diatasnya. Sesuai dihidangkan semasa panas.


Monday, March 21, 2011

Crispy Fried Chicken


BAHAN :
1/2 kilo ayam
5 ulas bawang putih dikisar halus
2 inci halia muda dikisar halus
2 camca teh garam
2 camca teh serbuk lada sulah
1 biji telur
50g serbuk roti

CARA:
Gaul ayam dengan garam, lada sulah, bawang putih, & halia. Perap 30 minit.  Celup ayam ke dalam telur dan golekkan pada serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Sesuai dihidangkan bersama kentang goreng, kacang panggang atau mixed vege.


Friday, March 18, 2011

Chicken Croquettes


(photo : www.ocado.com)


BAHAN:
300g isi ayam kisar
2 biji ubi kentang direbus dan dilecek
3 biji bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
2 batang daun sup dicincang halus
1 camca teh serbuk pati ayam
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh serbuk lada sulah
40g serbuk roti
1 biji telur.

CARA:
Satukan semua bahan kecuali serbuk roti dan telur. Gaul hingg sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk selama setengah jam. Bentukkan adunan menjadi bebola bujur dan celup ke dalam telur. Golekkan pada serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng croquette ayam sehingga kekuningan. Hidangkan croquette bersama cili sos, sos tartar atau mayonis.

TIPS:
Selain ayam, croquette juga boleh dibuat dengan daging, ikan atau sayuran. Jikalau ingin dijadikan burger utk dimakan bersama roti, buatkan bebola yg lebih besar dan leperkan.


Tuesday, March 15, 2011

Grilled Chicken



BAHAN:

150g kepingan ayam
2 camb mustard
5g lobak merah
5g bunga kubis
5g brokoli
1 biji kentang
1 camt serbuk lada sulah

BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
1 helau daun bay
20g sos perang
garam & serbuk perasa

CARA:

Sapu mustard, garam dan serbuk lada pada kepingan ayam kemudian dipanggang hingga masak.

Tumis bawang putih & bawang besar yg dicincang hingga wangi. Masukkan sos perang, daun bay, garam dan serbuk perasa.

Hidangkan bersama kentang panggang dan sayur-sayuran yg telah direbus terlebih dahulu.


Sunday, March 13, 2011

Chicken Chop



BAHAN:
1 ekor ayam diambil isi sahaja
40g serbuk roti
1 biji telur
50g tepung gandum
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

CARA:
Sapu kepingan ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada. Celup kepingan ayam ke dalam telur kemudian salut dengan tepung gandum sehingga tepung meliputi keseluruhan kepingan ayam. Celup sekali lagi kepingan ayam ke dalam telur dan seterusnya salut dengan serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng kepingan ayam sehingga kekuningan. Hidangkan chicken chop bersama kentang goreng, cili sos & sos tartar.


Thursday, March 10, 2011

Honey Chicken Wings


BAHAN:
500g kepak ayam
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar madu
1cm halia muda dikisar
Sedikit garam

CARA:

Gaulkan kepak ayam dengan kicap pekat, sos tiram, garam, halia kisar & madu. Perap selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng kepak ayam hingga keperangan.

Monday, March 7, 2011

Potato Wedges


BAHAN:
3 biji kentang dipotong baji
6 camb tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit
2 camb serbuk cheese / jalapeno
5 camb air panas

CARA:
Rebus kentang separuh masak & toskan. Campurkan tepung gandum bersama sedikit air, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula & serbuk kunyit hingga mendapat bancuhan yg sederhana pekat.  Celup kentang & goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.

Serbuk cheese dibancuh dgn air panas & kacau sebati.  Tuangkan di atas kentang goreng & hidangkan bersama sos cili & mayonis.

Friday, March 4, 2011

Chicken Omelette





BAHAN:
3 biji telur
30g susu segar
100 gm daging ayam dhiris nipis & direbus
30g mentega
20g bawang besar dicincang
garam dan serbuk lada sulah

CARA:
Pecahkan telur dalam mangkuk. Campurkan susu dan pukul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada. Panaskan mentega di dalam kuali, masukkan bawang dan ayam. Kacau hingga seketika, angkat dan ketepikan.

Dadarkan telur dalam kuali hingga setengah masak baru dimasukkan ayam. Bungkus isi ayam dengan telur dan terbalikkan. Angkat dan hidangkan bersama kacang panggang, roti dan mentega.