Monday, July 30, 2012

Tandoori Udang






BAHAN:
15 ekor udang besar dibersihkan
500ml dadih
1/2 cawan cuka putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada merah
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu pewarna merah (jika suka
1/2 cawan krim pekat
4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 cawan minyak
1 sudu besar garam

CARA:
Gaul udang dgn kesemua bahan. Perap sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman. Panaskan ketuhar & bakar udang selama sehingga garing. Sedia utk dihidangkan.

NOTA:
Aduna perap tadi sekiranya berlebihan boleh disimpan didlm peti sejuk sehingga 4-5 hari. Boleh digunakan juga utk menbuat tandoori ayam.

Friday, July 27, 2012

Udang Goreng Sos Tiram






BAHAN :
500g udang besar dibersihkan
3 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
1 cawan kacang sepat
5 ulas bawang putih dititik
3 sudu besar sos tiram
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili & udang. Goreng selama 5 minit. Masukkan kacang sepat dan sos tiram. Sesuaikan rasa dgn gula & garam. Kacau sehingga sayur masak. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, July 24, 2012

Udang Pedas Banting


BAHAN
300g udang
2 cawan santan
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
2 biji bawang besar dibelah 4
2 biji cili merah dibelah 2
2 biji cili hijau dibelah 2
1 tangkai daun kari
1 batang serai diketuk
1 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perisa

CARA
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Setelah naik bau masukkan daun kari dan serai. Kacau seketika. Masukkan udang & biarkan hingga udang setengah masak. Masukkan santan, kacau sehingga santan mendidih. Masukkan bawang besar, cili, asam gelugur & masak hingga kuah agak kering. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, July 21, 2012

Udang Goreng Bawang Putih






BAHAN:
500g udang dibersihkan
100g cili merah dikisar
80g bawang putih dikisar
80g halia dikisar
50g daun bawang dipotong
50g sos tomato
50g sos cili
2 sudu besar minyak bijan
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Garam & gula
lada sulah & serbuk perisa.

CARA:
Gaul udang dgn garam, lada sulah & minyak bijan. Goreng hingga setengah masak. Ketepikan. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air, sos cili & sos tomato. Biarkan mereneh. Masukkan udang, daun bawang & bancuhan tepung jagung. Kacau hingga agak pekat. Sesuaikan rasa dgn garam & gula. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, July 15, 2012

Udang Claypot Bersantan



BAHAN:
300g udang sederhana
2 biji bawang besar dipotong dadu
150g cili boh
100g cili merah dikisar
50g daun pudina
30g daun kari
1 cawan santan
4 batang serai dititik
2 biji tomato dibelah 4
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Goreng udang hingga masak & ketepikan. Tumis cili boh, cili merah, bawang besar, serai & daun kari hingga wangi. Masukkan santan & kacau seketika. Masukkan buah tomato & udang. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Masak hingga kuah agak kering.


Thursday, July 12, 2012

Udang Brastagi




BAHAN
300g udang
10 tangkai cili kering dikisar
3 batang serai dikisar
3 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2sm halia dikisar
Sedikit belacan dikisar
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Sedikit air asam jawa
Gula, garam, serbuk perisa

CARA
Bersihkan udang. Gaul udang dgn sedikit garam & serbuk kunyit & goreng hingga setengah masak. Ketepikan. Bahan2 kisar ditumis hingga garing kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, air asam jawa, gula & serbuk perisa. Biarkan seketika sebelum dimasukkan udang & masak sehingga kuah pekat. Sedia utk dihidangkan.


Monday, July 9, 2012

Sambal Udang Petai




BAHAN:
300g udang sederhana
2 tangkai petai diambil isi
10 tangkai cili kering diksiar
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2sm belacan dikisar
1 labu bawang besar dihiris kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar air asam jawa
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Udang dibersihkan (tidak perlu buang kulit). Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa & serbuk kunyit. Masak dgn api perlahan sehingga pecah minyak baru masukkan udang & petai. Gaul rata & sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa.


Friday, July 6, 2012

Udang Masak Jingga



BAHAN
300g udang besar
4 biji tomato dicincang halus
2 sudu besar tomato puri
30 tangkai cili kering dikisar halus
12 biji bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
2sm lengkuas dikisar halus
1sm belacan dikisar halus
Gula, garam & serbuk perisa

CARA
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan tomato puri dan kacau seketika. Masukkan udang & tomato cincang. Masak hingga kuah agak pekat. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, July 3, 2012

Udang Goreng Petis Badam






BAHAN :
300g udang dibersihkan
150g petis udang
40g hirisan badam

CARA:
Gaul udang dgn petis. Lekatkan hirisan badam pada udang. Goreng dlm minyak penuh hingga garing.