Friday, March 30, 2012

Udang Kukus Dengan Putih Telur



(photo: www.j2kfm.com)



BAHAN:
5 ekor udang besar dibersihkan
2 biji putih telur
100g halia muda diparut
1 tangkai daun bawang dipotong
2 camb air
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada sulah
Garam & serbuk perisa

CARA:
Panaskan periuk kukusan. Susun udang di dalam pinggan tahan panas. Pukul putih telur, air, lada sulah, garam, serbuk perisa & minyak bijan. Tuangkan diatas udang. Tabur halia & daun bawang. Kukus sehingga udang masak.


Tuesday, March 27, 2012

Udang Sizzling



BAHAN:
10 ekor udang sederhana dibersihkan
1 biji bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih ditumbuk pecah
10g udang kering
5 biji cendawan butang dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau dipotong kecil
1/2 biji lobak merah dipotong kecil
3 helai daun kari
3 camb sos tiram
1 cawan air
1 kiub pati ayam

CARA:
Tumis bawang putih & udang kering hingga wangi. Masukkan bawang merah & kacau hingga layu. Masukkan air & kiub pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan lobak merah, udang & sos tiram. Bila udang separuh masak, masukkan cendawan, capsicum & daun kari. Masak hingga kuah agak pekat. Sedia utk dihidangkan.

Saturday, March 24, 2012

Udang Goreng Asam






BAHAN:
500g udang sederhana dibersihkan
5 ulas bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
2 biji cili merah dikisar halus
2cm belacan dikisar halus
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
5cm halia dihiris halus
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
1 cawan air asam jawa
1 camb taucu
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan kisar & halia hingga wangi. Masukkan udang, air asam, taucu, daun limau, bawang besar & serai. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Masak hingga kuah agak pekat. Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, March 21, 2012

Udang Percik





BAHAN
500g udang galah atau udang harimau dibersihkan
10 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
4 biji buah keras dikisar halus
3sm halia dikisar halus
5 batang serai dikisar halus
3 cawan santan pekat
1 camb serbuk kunyit
2camb serbuk cili
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Perap udang dgn sedikit garam & serbuk kunyit. Ketepikan. Campurkan bahan kisar bersama serbuk cili & serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau. Masukkan santan, gula & garam secukup rasa. Masak hingga pekat.  Bakar udang di atas bara & siram kuah percik di atasnya. Balik2an beberapa kali sehingga udang betul2 masak.


Sunday, March 18, 2012

Gulai Darat Udang Belimbing





BAHAN:
500g udang dibersihkan
5 ulas bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
2sm halia dikisar halus
2sm lengkuas dikisar halus
5 tangkai cili kering dikisar halus
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
1 camb kerisik
3 cawan santan
15 biji belimbing buluh dibelah dua
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Masukkan udang, bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar & santan di dalam periuk. Masak hingga mendidih. Masukkan kerisik & buah belimbing. Masak hingga kuah agak pekat. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Thursday, March 15, 2012

Udang Goreng Serai






BAHAN:
500g udang sederhana dibersihkan
50g bawang merah dikisar halus
2cm halia dikisar halus
2camb cili giling
10 batang serai
1 biji limau nipis diambil jus
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Udang digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam. Goreng hingga masak. Ketepikan.

Serai dimayang halus kemudian digoreng hingga garing & wangi. Ketepikan.

Tumis cili giling bersama bahan kisar hingga garing & pecah minyak. Masukkan udang & jus limau. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Goreng hingga kuah agak kering & melekat pada udang. Masukkan serai. Kacau rata. Sedia utk dihidangkan.


Monday, March 12, 2012

Udang Goreng Kunyit





BAHAN:
15 ekor udang dibersihkan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Gaul udang dgn sedikit serbuk kunyit & garam. Panaskan kuali & masukkan udang. Gunakan api kecil sehingga air udang kering, baru dimasukkan minyak. (ini utk mengurangkan udang menyerap minyak)

Besarkan sedikit api & goreng udang hingga masak. Masukkan bawang, cili merah & cili hijau. Goreng sehingga bawang & cili layu. Renjis serbuk perisa jika perlu. Sedia utk dihidangkan.

NOTA: Sekiranya suka boleh dimasukkan juga sayuran spt kacang panjang, kacang buncis, bunga kobis atau brokoli sbg pelengkap hidangan ini.


Saturday, March 10, 2012

Udang Goreng Marmite






BAHAN:
10 ekor udang sederhana dibersihkan
2 camb marmite
1/2 cawan stok ayam
5 helai daun kari
5 biji cili padi dihiris
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Goreng udang hingga masak. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan daun kari & cili padi. Goreng hingga wangi. Masukkan stok ayam & marmite. Kacau rata. Masukkan udang & goreng sehingga kuah pekat. Masukkan gula, garam & serbuk perisa. Biarkan hingga kuah hampir kering baru diangkat.


Wednesday, March 7, 2012

Udang Kam Heong


(photo : www.nava-k.com)

BAHAN:
15 ekor udang sederhana dibersihkan
2 camb udang kering
5 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
10 biji cili padi dihiris
1 camb serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
2 camb sos soya hitam
2 camb sos soya biasa
2 camb sos tiram
8 helai daun kari
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Udang kering direndam didalam air lebih kurang 15 minit kemudian toskan & ditumbuk kasar. Tumis udang kering sehingga wangi. Masukkan bawang merah & bawang putih. Goreng selama beberapa minit kemudian masukkan serbuk kari & biarkan agak garing baru masukkan udang, sos tiram dan sos soya. Kacau rata. Masukkan daun kari & cili padi. Goreng lagi beberapa minit. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, March 4, 2012

Udang Masak Taucu



BAHAN:
300g udang sederhana dibersihkan
20g taucu
5 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2cm halia dikisar halus
2 biji cili merah dikisar halus
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan
2 batang serai dititik
1 biji cili merah dipotong memanjang
1 biji cili hijau dipotong memanjang
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa, taucu & serai. Biarkan mereneh hingga kuah agak pekat. Masukkan udang, potongan cili merah & cili hijau. Kacau sehinga udang setengah masak. Masukkan santan. Kecilkan api & kacau hingga mendidih & udang masak. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.

NOTA:
Tidak perlu tambah garam jika kemasinan taucu sudah mencukupi