Friday, January 31, 2014

Bebola Sotong Masam Manis


(photo : Amy Beh @ www.kuali.com )

BAHAN:
700g sotong dibersihkan & dikukus
1 cawan tepung goreng makanan laut Adabi
3 ulas bawang putih dikisar
3 cm halia dikisar
1 biji bawang besar dikisar
1 camt serbuk lada putih
1 biji telur dipukul
1 biji telur (diambil putih sahaja)
2 camb tepung jagung
1 biji bawang besar dipotong
1 biji tomato dibelah 4
4 camb sos tomato
4 camb sos cili
Garam & serbuk perisa

CARA:
Kisar sotong sehingga halus. Gaul sotong dgn bahan kisar lain. Masukkan telur,serbuk lada putih, tepung jagung & sedikit garam. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil. Celup bebola didalam telur putih & golekkan dalam tepung goreng makanan laut & goreng sehingga keperangan. Angkat & ketepikan.

Tumis bawang besar potong & tomato hingga layu. Masukkan sos, cili, sos tomato & sedikit air. Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Tuang kuah di atas bebola sotong. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, January 28, 2014

Sotong Masak Merah


(photo : www.oniey.com)

BAHAN:
500 sotong dipotong bulat
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 batang serai dikisar
10 tangkai cili kering dikisar
2cm lengkuas dikisar
2cm halia dikisar
2cm belacan dikisar
2 camb sos tomato
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sotong & kacau hingga sotong masak. Masukkan sos tomato, gula, garam & serbuk perisa. Kacau sehingga kuah agak kering. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, January 25, 2014

Salad Sotong Daun Pudina



(photo : www.yelp.com)

BAHAN:
300g sotong dipotong bulat & dicelur
80g daun pudina dimayang
80g bawang merah dimayang
80g halia muda dimayang
80g serai dimayang
3 biji cili merah dimayang
4camb sos ikan
4 biji limau kasturi diambil jus

CARA:
Campurkan semua bahan & gaul sebati. Sedia utk dihidangkan.

Wednesday, January 22, 2014

Sotong Sizzling




BAHAN:
300g sotong putih dipotong bulat
5 ulas bawang merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 camb pes cili
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
1 camb kicap pekat
1 camt tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
1 cawan air
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang merah, bawang putih & halia di tumis hingga wangi. Masukkan air, pes cili, sos tiram, sos cili & kicap pekat. Kacau rata & biarkan mendidih. Masukkan sotong, garam, gula & serbuk perisa. Biarkan mereneh seketika. Masukkan tepung jagung & kacau hingga kuah pekat. Sedia utk dihidangkan.

Sunday, January 19, 2014

Rendang Sotong Cili Padi




BAHAN :
1kg sotong dibersihkan
1 biji bawang besar dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2 batang serai dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 camt serbuk kunyit
15 biji cili padi dihiris
1 cawan santan pekat
1 camb kerisik
1 helai daun kunyit dimayang
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Tumis serbuk kunyit bersama bahan kisar hingga garing. Masukkan sotong, santan, kerisik & cili padi. Kacau hingga kuah pekat. Masukkan daun kunyit. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Thursday, January 16, 2014

Sotong Bakar Berempah



BAHAN:
10 ekor sotong dibersihkan
1 camb paste cili
1 camb paste tomato
1 camb serbuk kari ikan
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 camt garam
1 camt gula

CARA:
Satukan semua bahan di atas & perapkan selama 30 minit. Panggang atau bakar sotong di dalam ketuhar sehingga masak.


Monday, January 13, 2014

Sotong Bakar Rencah Kari




BAHAN :
500g sotong dibersihkan
1/2 camb rempah kari ikan
1 camt serbuk lada putih
Garam & serbuk perisa
Sedikit minyak

CARA :
Campurkan semua bahan di atas & perap selama 2 jam. Panggang atau bakar sotong di dalam ketuhar sehingga masak.


Friday, January 10, 2014

Rojak Sotong Kangkung


(photo : www.mylot.com)

BAHAN :
500g sotong kembang dicelur & dipotong kecil
300g kangkung dicelur & dipotong kecil
1/2 biji sengkuang dipotong kecil
5 biji tauhu goreng dipotong kecil
50g kacang tanah sangrai ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
300g sos manis
500g kuah rojak
200g cili giling
1 helai daun pandan

CARA :
Tumis bawang putih & cili giling hingga garing. Masukkan kuah rojak, sos manis & daun pandan. Masak hingga mendidih. Ketepikan.

Hidangkan sotong, kangkung, sengkuang & tauhu di dalam pinggan. Curahkan kuah rojak diatasnya & taburkan dgn kacang tanah.


Tuesday, January 7, 2014

Kalio Sotong



BAHAN:
500g sotong dibersihkan
2 cawan santan pekat
6 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit basah dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
2 batang serai dikisar
Gula & garam secukup rasa

CARA:
Perap sotong dgn bahan2 kisar selama 15 minit. Campurkan santan & masak dgn api perlahan hingga sotong masak. Sesuaikan rasa dgn gula & garam. Balik2kan sotong sehingga kuah betul2 pekat. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, January 4, 2014

Kari Sotong Mudah


BAHAN:
250g sotong dibersih & dipotong kecil
2 cawan santan cair
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 batang serai dikisar
2sm halia dikisar
2 camb serbuk cili
1 camb serbuk kunyit
6 helai daun kari
Sedikit air asam jawa
Garam & serbuk perisa

CARA
Tumis bahan kisar bersama serbuk cili & serbuk kunyit sehingga wangi. Masukkan sotong & kacau beberapa minit. Masukkan santan, air asam jawa & daun kari. Perlahankan api & biarkan mendidih. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.