Thursday, January 31, 2013

Ketam Goreng Kunyit



BAHAN:
3 ekor ketam
4 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 camt serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA:
Ketam dibersihkan. Satukan bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit & garam. Lumur ketam dgn bahan kisar. Goreng ketam dlm minyak penuh sehingga masak. Sedia utk dihidang.


Monday, January 28, 2013

Ketam Mentega Telur Masin


(photo : www.eats.my).

BAHAN:
3 ekor ketam dibersihkan
5 biji telur masin direbus (ambil merahnya sahaja)
2 sudu besar mentega
5 biji cili padi dihiris halus
6 helai daun kari
Garam secukup rasa

CARA:
Goreng ketam di dalam minyak penuh hingga masak. Ketepikan. Panaskan mentega & masukkan daun kari, cili padi & telur masin (merah saja) yg telah dilecek. Masukkan ketam & garam secukup rasa. Kacau rata. Sedia utk dihidangkan.


Friday, January 25, 2013

Ketam Rebus




BAHAN:
5 ekor ketam
3 batang serai diketuk
sedikit garam

CARA:
Bersihkan ketam, Masukkan dlm periuk & isi air sehingga menutup ketam. Masukkan garam dan serai. Rebus sehingga ketam masak.


Tuesday, January 22, 2013

Soft Shell Crab



(photo : www.jams.tv).

BAHAN
5 ekor ketam berkulit lembut
50ml krim segar
20g sos pesto (boleh dibeli di pasaraya)
1 biji telur
Sedikit tepung jagung
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

CARA
Ketam yg telah dibersihkan digaul dgn sedikit garam & lada sulah. Celup ketam dlm telur & golekkan ke dalam tepung jagung. Goreng ketam dlm minyak penuh hingga kekuningan. Krim segar dipanaskan dgn api perlahan hingga mereneh. Masukkan pesto & kacau hingga sebati. Hidangkan ketam goreng bersama sos pesto.


Saturday, January 19, 2013

Ketam Goreng Celup Tepung


(photo : www.omaq.org).

BAHAN
3 ekor ketam dibersih & dibelah dua
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 camt serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA
Bancuh tepung beras bersama telur & air. Masukkan serbuk kunyit & garam. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketam yg telah dibersihkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng ketam hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.


Wednesday, January 16, 2013

Tomyam Ketam


(photo : www.foodgps.com).

BAHAN
3 ekor ketam dibersihkan
2 biji bawang besar dbelah dua
10 helai daun limau purut
10 biji cili padi ditumbuk kasar
3 batang serai dititik
2 biji buah tomato dibelah dua
2 biji limau nipis diambil airnya
Garam & serbuk perisa

CARA
Masukkan ketam, serai, cili padi, daun limau purut, bawang besar& buah tomato ke dalam periuk. Tuang air sehingga menutupi semua bahan. Masak sehingga mendidih & biarkan mereneh 10 minit. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Perah jus limau nipis. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, January 13, 2013

Sup Jejari Ketam




BAHAN
1 kotak filament stick (isi ketam) dipotong 2
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang dipotong kiub
5 biji fishball
1 biji tomato dibelah 4
4 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
2 cm halia dititik
1 bungkus rempah sup bunjut
2 sudu kecil sos tiram
Hirisan bawang goreng
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Garam & serbuk perisa

CARA
Tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga wangi. Masukkan air, rempah sup, sos tiram & biarkan mendidih. Masukkan kentang, lobak merah, filament stick & fishball. Biarkan mereneh sehingga lobak merah & kentang empuk. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Tabur daun bawang, daun sup & bawang goreng. Sedia utk dihidangkan.


Thursday, January 10, 2013

Shark Fin Isi Ketam



(photo : www.whitemike.org).

BAHAN
150g sirip ikan yu
200g isi ketam
20g telur ketam
1.5 liter stok ayam
65g kanji dibancuh dgn sedikit air
Garam & serbuk perisa

CARA
Renehkan kesemua bahan tersebut kecuali kanji. Bila sup sudah masak masukkan kanji utk memekatkan kuah.


Monday, January 7, 2013

Sup Ketam


BAHAN
2 ekor ketam dibersihkan
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
1 cm halia dikisar halus
Garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketam & tuang air sehingga menutupi ketam. Masukkan kiub ayam. Biarkan mendidih dan renehkan sehingga ketam masak. Seuaikan rasa dgn garam & lada sulah. Utk menghidang bolehlah ditabur bawang goreng & hirisan daun sup/daun bawang.


Friday, January 4, 2013

Ketam Masak Lemak Nenas Muda




BAHAN
4 ekor ketam dibersihkan & potong dua
1/2 biji nenas muda dpotong
1 biji kelapa ambil santan pekat
5 ulas bawang merah dikisar halus
20 biji cili api dikisar halus
3 batang serai dititik
Garam, kunyit & serbuk perisa

CARA
Masukkan ketam, serai, hirisan nenas, bawang & cili api yg dikisar ke dlm periuk bersama sedikit air. Masak hingga mendidih. Kecilkan api & renehkan selama 10 minit. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan biarkan mendidih lagi sekali di atas api sederhana. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.