Thursday, August 30, 2012

Pepes Udang



BAHAN:
150g udang dibersih & dibuang kulit
2 biji tomato buang biji & dihiris nipis
2 helai daun kunyit dimayang
4 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
10 biji buah keras dikisar
10 biji cili padi dikisar
1 sudu teh ketumbar dikisar
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Daun pisang

CARA
Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Biarkan seketika. Satukan bahan kisar bersama tomato & daun kunyit. Campurkan udang & gaul sebati. Ambil daun pisang & sendukan adunan tadi. Bungku dan bakar dgn api sederhana sehingga masak.


Monday, August 27, 2012

Udang Masak Kasturi


 



BAHAN:
500g udang besar dibersihkan
5 biji limau kasturi di potong empat
30g bawang putih dihiris
200g bawang besar dipotong bulat
60g cili hijau dihiris
60g cili merah dihiris
2g daun selasih dihiris
Sedikit serbuk kunyit & serbuk cili

CARA:
Udang digoreng hingga masak & diketepikan. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, bawang besar, daun selasih, cili hijau & cili merah. Goreng hingga layu. Masukkan udang & perah limau kasturi. Sesuaikan rasa dgn gula & garam. Sedia utk dihidangkan.


Friday, August 24, 2012

Udang Masak Berempah



BAHAN:
500g udang besar
4 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
40g serbuk rempah kari daging dibancuh dgn sedikit air
30g puri tomato
1 cawan pati santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam & gula
100g bawang merah dikisar
50g bawang putih dikisar
60g halia muda dikisar
2 batang serai dikisar
10 tangkai cili kering dikisar
50g udang kering dikisar
Hirisan daun ketumbar & daun kunyit

CARA:
Goreng udang setengah masak & ketepikan. Tumis semua bahan kisar bersama bunga lawang, kulit kayu manis & pelaga hingga wangi. Masukkan serbuk rempah kari & goreng lagi hingga garing. Masukkan puri tomato, santan & daun pandan. Kacau hingga agak pekat. Masukkan udang. Sesuaikan rasa dgn garam & gula. Taburkan hirisan daun kunyit & daun ketumbar. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, August 21, 2012

Udang Bungkus



BAHAN:
10 ekor udang besar dibersihkan
2 camca besar sos tiram
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk kunyit
10 helai daun kunyit utk membungkus
10 batang lidi koktel

BAHAN SOS: (digaul sebati)
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar mayonis
Sedikit serbuk lada putih

CARA:
Perap udang bersama sos tiram, garam & serbuk kunyit selama sejam. Bungkus udang dengan daun kunyi & semat dgn lidi koktel. Panggang sehingga masak. Hidangkan bersama sos.


*Selain udang, sotong, daging, ayam & isi ikan juga boleh dipanggang dgn cara sama.


Saturday, August 18, 2012

Udang Kara Thermidor





BAHAN:
1 ekor udang kara dibelah dua
10g bawang merah
5g tarragon dicincang
5g pasli dicincang
50g cendawang butang dihiris
4 sudu makan krim segar
4 sudu besar sos Hollandaise
Sedikit mentega
Garam & lada putih

CARA:
Udang kara dibelah dua & masak dlm kuali leper hingga separuh masak. Keluarkan isi & potong kecil. Ketepikan. Tumis bawang merah, tarragon & mentega dgn api yg kecil. Masukkan isi udang, krim segar & cendawan. Kacau hingga sebati. Masukkan pasli & sos Hollandaise. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk lada putih. Isikan campuran ke dalam kulit udang. Jika suka boleh taburkan parutan keju. Bakar dlm ketuhar dgn api atas sahaja.


BAHAN UTK SOS HOLLANDAISE
1 biji kuning telur
100g mentega
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit jus lemon
1 sudu besar air

Pukul telur dgn air. Masukkan semua bahan & pukul hingga kembang di atas wap air yg mendidih.

Wednesday, August 15, 2012

Rendang Udang Galah



BAHAN:
1kg udang galah
200g cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 ulas bawang putih putih dikisar
6 ulas bawang merah dikisar
1 biji kelapa diambil santan
2 helai daun kunyit dihiris halus
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Tumis cili boh bersama bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan & serbuk kunyit. Masak hingga kuah pekat. Masukkan udang bersama daun kunyit. Biarkan sehingga kuah agak kering. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidang.


Sunday, August 12, 2012

Tomyam Udang


(photo : www.soshiok.com)

BAHAN:
10 ekor udang galah
150g pati rebusan ayam
10g lengkuas
10g daun limau purut
1 batang serai dititik
40g cendawan
2 biji limau nipis diambil jus
7g cili padi ditumbuk kasar
1 camca sedang sos ikan
Sedikit daun parsli

CARA:
Panaskan pati rebusan ayam bersama lengkuas, daun limau purut & serai. Biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & renehkan hingga udang masak. Masukkan cendawan, cili padi, jus limau nipis & sos ikan. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Hiaskan dgn daun parsli.


Thursday, August 9, 2012

Kari Udang





BAHAN:
400 udang
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 camca besar cili giling
2 camca besar serbuk kari
6 helai daun kari
1 mangkuk santan
2 batang serai dititik
1 biji tomato dibelah empat
Sedikit garam

CARA:
Tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili giling, serbuk rempah kari & daun kari. Tumis lagi hingga garing. Tuang santan & biarkan santan mendidih. Masukkan udang, serai, garam & tomato. Biarkan terus mendidih hingga udang masak. Sedia utk dihidangkan.


Monday, August 6, 2012

Salad Udang






BAHAN
100g udang besar dibersih & buang kulit
100g kubis dihiris nipis
2 biji limau npis diambil jus
2 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
Sedikit lobak merah diparut
Sedikit lobak putih diparut
4 sudu besar sos ikan
Gula

CARA:
Satukan sos ikan, gula & perahan limau nipis. Kacau hingga sebati & ketepikan. Udang direbus hingga masak. Angkat udang & masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan kubis, lobak merah, lobak putih, bawang besar & cili merah. Tuang sos ikan di atas hidangan & gaul rata. Sesuaikan rasa sebelum dihidangkan.


Friday, August 3, 2012

Koktel Udang






BAHAN:
200g udang sederhana dibersih & buang kulit
1 biji lemon diperah air
1/2 biji salad bulat dihiris kasar
1 biji limau nipis di belah dua

SOS:
3 camca besar mayonis
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1 camca teh cuka

CARA:
Udang direbus 3-4 minit. Masukkan perahan lemon dlm air rebusan utk menghilangkan hanyir dan menyegarkan bau. Angkat udang & ketepikan. Satukan bahan2 sos di dalam mangkuk kecil. Kacau rata. Susun hirisan daun salad di dalam mangkuk & atur udang diatasnya. Tuang sos & perahkan sedikit limau nipis di atas hidangan.