Friday, November 28, 2014

Ikan Talapia Goreng Berlada


BAHAN:
2 ekor ikan talapia merah
6 ulas bawang merah dikisar kasar
2 ulas bawang putih dikisar kasar
4 tangkai cili merah dikisar kasar
1/2 biji buah tomato dikisar kasar
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Lumur ikan talapia dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Tumis bahan kisar hingga garing & pecah minyak. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa.  Tuangkan sambal di atas ikan.  Sedia utk dihidangkan.

Tuesday, November 25, 2014

Tenggiri Goreng Minyak Sapi



BAHAN:
600g ikan tenggiri
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
1 inci kunyit ditumbuk halus
1 camt serbuk lada putih
1 camt serbuk cili
Minyak sapi
Garam secukupnya

CARA:
Perap ikan tenggiri dengan garam, bawang merah, halia, serbuk lada putih & serbuk cili.  Biarkan setengah jam.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali & tumis kunyit hidup sehingga wangi.  Masukkan ikan tenggiri & goreng hingga kekuningan.  Sedia utk dihidangkan.

Saturday, November 22, 2014

Siakap Goreng Kuah Kari Kapitan


BAHAN:
1 ekor ikan siakap/talapia
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
5 tangkai cili merah dikisar
2cm halia dikisar
2cm belacan dikisar
2 batang serai dikisar
2 mangkuk santan
1 camb serbuk cili
2 camb serbuk rempah ikan (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit daun kari
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Lumurkan ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Tumis bahan kisar hingga wangi.  Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit & rempah ikan.  Kacau hingga garing.  Masukkan santan & daun kari.  Biarkan hingga kuah mendidih.  Sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perisa.  Tuangkan kuah di atas ikan.  Sedia utk dihidangkan.

Wednesday, November 19, 2014

Ikan Goreng Asem Pedas

(Photo : www.meals.com)

BAHAN:
800g isi ikan
200g cili merah dikisar
100g bawang merah dikisar
100g tomato dikisar
50g serai dikisar
10g pes asam jawa
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Lumur ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Tumis bahan kisar hingga garing & pecah minyak. Masukkan pes asam jawa & sedikit air.  Biarkan mereneh seketika.  Masukkan hirisan daun limau purut & daun kunyit.  Sesuaikan rasa dengan gula, garam & serbuk perisa.  Tuangkan kuah di atas ikan.  Sedia utk dihidangkan.

Sunday, November 16, 2014

Ikan Goreng Kuah Lada


BAHAN:
1 ekor ikan bawal/senangin
5 tangkai cili merah dikisar
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3sm belacan dikisar
3sm kunyit hidup dikisar
5 biji buah keras dikisar
2 batang serai dititik
1 camb pes asam jawa
1 camt serbuk lada putih
Sedikit hirisan sawi asin
Sedikit air
Garam & serbuk perisa

CARA:
Goreng ikan hingga kekuningan.  Ketepikan.  Tumis bahan2 kisar bersama serai hingga garing.  Masukkan hirisan sawi asin, air & asam jawa.  Kacau hingga pekat.  Sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perisa.  Masukkan ikan.  Sedia utk dihidangkan.

Thursday, November 13, 2014

Ikan Goreng Sos Taucu


BAHAN:
1 ekor ikan siakap/bawal/lampam jawa
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 biji cili padi ditumbuk halus
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
1 camb kicap manis
1 camb taucu
1 camb pes asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit daun kucai dipotong

CARA:
Lumurkan ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan sedikit air, pes asam jawa, kicap manis & taucu.  Kacau hingga agak pekat.  Masukkan cili hiris & potongan daun kucai. Sedia utk dihidangkan.  

Monday, November 10, 2014

Ikan Bawal Masak Kicap



BAHAN:
1 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato di belah 6
2 tangkai cili hijau dipotong serong
5 camb kicap manis
2 camb sos cili
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

CARA:
Lumur ikan bawal dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan sedikit air, kicap manis & sos cili. Masukkan buah tomato & cili hijau.  Biarkan mereneh & kuah agak pekat.  Tuangkan kuah diatas ikan.  Sedia utk dihidangkan.

Friday, November 7, 2014

Ikan Goreng Tandoori

(Photo : www.foodlve.com)

BAHAN:
1 ekor ikan siakap
250g dadih
1 camb pes halia
1 camb pes bawang putih
1 camt jus limau nipis
1 camt serbuk cili
1/2 camt garam

CARA:
Satukan semua bahan & lumurkan pada ikan.  Perap setengah jam.  Goreng dalam minyak penuh hingga keemasan.  Sedia utk dihidangkan.

Tuesday, November 4, 2014

Ikan Talapia Goreng Dengan Kerabu Mangga


BAHAN:
1 ekor ikan talapia saiz besar/siakap
2 biji mangga muda dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 batang serai dihiris
6 biji cili padi dihiris
1 biji tomato dibuang biji & dihiris
3 camb jus limau kasturi
3 camb sos ikan
1 camb gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Lumur ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng garing & ketepikan. Di dalam bekas lain larutkan gula bersama sos ikan &  jus limau.  Ketepikan.  Bahan2 hiris dicampur bersama & tuangkan bancuhan sos ikan kedalamnya.  Gaul rata & biarkan sebentar. Semasa  menghidang, tuangkan kerabu mangga di atas ikan.