Saturday, July 30, 2011

Mee Goreng Hokkien


(photo :The Food Pornographer@flickr.com)

BAHAN:
600g mi Hokkien
200g ayam
50g udang dibuang kulit
50g sayur pilihan
20g bawang putih dikisar
1/2 liter stok ayam
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk 'ikan sebelah'
Garam dan serbuk perasa

CARA:
Rebus mi Hokkien setengah masak dan toskan. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan ayam dan udang. Masukan stok ayam, sos tiram, kicap pekat dan serbuk ikan sebelah. Masukkan sayuran. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga kuah pekat. Masukkan mi dan sedia utk dihidangkan.


Wednesday, July 27, 2011

Mee Goreng GC Style



(photo : tulip77@myresipi.com)

BAHAN:
200g mi kuning
30g cili hijau
30g cili merah
30g celery
50g udang
2 ulas bawang putih dikisar halus
Sedikit sos soya hitam
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos tiram
Serbuk perisa
2 cawan air rebusan ayam

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukakn udang, sos tiram, sos soya hitam dan minyam bijan. Biarkan sebentar kemudian masukkan air rebusan ayam.

Biarkan mereneh barulah dimasukkan mi kuning, cili merah, cili hijau dan celery. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Hidangkan bersama paha ayam goreng.

Sunday, July 24, 2011

Mee Gulung



BAHAN MEE:

500g mee kering
2 kiub pati ayam
300g taugeh
10 biji telur dibuat dadar
Kicap manis secukup rasa
Daun bawang dan daun sup
Sedikit garam

BAHAN SUP:
8 biji bawang merah dimayang halus
5 ulas bawang putih dimayang halus
2cm halia dihiris nipis
Sedikit rempah sup (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga)
200g isi ayam
200g udang
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
1 biji lobak merah dihiris memanjang
200 bunga kubis dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 4

CARA:
Pukul telur bersama garam kemudian dadarkan nipis-nipis. Ketepikan.

Rendam mee hingga lembut, celur dan sejatkan. Panaskan sedikit minyak dan masukkan kicap, mee & taugeh. Kacau beberapa minit. Ambil sekeping telur dadar, bubuh mee goreng dan gulung seperti menggulung kuih ketayap. Potong dua dan susun di dalam pinggan.

Untuk membuat kuah, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan rempah dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan isi ayam dan udang dan masak hingga ayam empuk. Masukkan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan kiub pati ayam, sos tiram & sayur2an. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Tuang kuah di atas gulungan mee dan tabur daun bawang dan daun sup yg dimayang halus. Hidangkan semasa panas.


Thursday, July 21, 2011

Mee Kungfu



BAHAN:
1 keping yee mee
100g isi ayam
100g udang
100g sotong
100g sawi
100g kubis
100g lobak merah
2 ulas bahan putih diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn air
1 cawan stok ayam
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan stok ayam. Biarkan mereneh. Masukkan sos tiram, sayur-sayuran dan bancuhan tepung jagung. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa.  Utk menghidang, letakkan yee mee di dalam pinggan kemudian tuangkan kuah yg panas ke atasnya.


Monday, July 18, 2011

Mee Udon Seafood



(Photo : Unknown)


BAHAN:
Satu peket mi udon (Mi Jepun)
30g isi remis/kepah/tiram
30g udang dibuang kulit
30g sotong dipotong bulat
40gm taugeh
20g kucai
20ml sos tiram
20ml sos soya
10ml sos soya pekat
Garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA:
Panaskan sedikit minyak utk menumis. Masukkan semua makanan laut dan kacau hingga masak. Masukan mi udon, sos tiram, sos soya, taugeh dan kucai. Sesuaikan rasa dgn lada sulah, garam dan serbuk perisa. Goreng lebih kurang 3 minit. Hidangkan panas-panas.


Friday, July 15, 2011

Mee Telur Goreng





BAHAN:
3 keping mi telur direndam dlm air panas dan sejatkan.
50g kailan dipotong
1 batang lobak merah dipotong kecil
50g isi ayam
3 ulas bawang putih dikisar halus
1 sudu cili bohi
Garam, kicap & sos tomato secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih, masukkan cili boh dan goreng sehingga cili boh garing. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam masak. Masukkan kailan dan lobak merah. Kacau hingga layu. Masukkan mi, garam, kicap dan sos tomato. Hidangkan bersama taburan bawang goreng serta hirisan cili merah dan limau kasturi.


Tuesday, July 12, 2011

Mee Sizzling




BAHAN:
150g mi kuning
2 ulas bawang putih
5 ekor udang sederhana dibuang kulit
1 ekor sotong dipotong bulat
100g isi ayam dipotong kecil
I cawan stok ayam
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong, isi ayam dan bancuhan tepung gandum. Kacau sebati. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Masukkan mi dan pecahkan telur. Kacau beberapa minit. Sedia dihidangkan.


Saturday, July 9, 2011

Yee Mee Kantonis (Resipi 2)

(photo : www.flickr.com)
BAHAN:
1 bungkus yee mee
200g udang basah
250g isi ayam dipotong kecil
150g fish cake
30g bawang putih dicincang
100g sawi
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
10g halia dihiris nipis
1 cawan air rebusan ayam
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.

Bawang putih ditumis hingga wangi, masukkan air rebusan. Biarkan mendidiah dan masukkan ayam, udang, fish cake, minyak bijan, garam dan serbuk perisa. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau supaya kuah tidak bergentul. Masukkan sawi dan telur. Tutup api dan tuangkan kuah yang masih panas di atas yee mee. Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, July 6, 2011

Yee Mee Kantonis (Resipi 1)




BAHAN:
150g yee mee
60g bayam dicelur
80g udang saiz sederhana
40g isi ayam dihiris
40g sotong dipotong kecil
10g lobak merah
10g kubis / jagung muda
200ml air rebusan ayam
2g serbuk lada putih
2g bawang putih dicincang halus
8g tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
1 biji telur
Garam & serbuk perisa
bawang goreng & hirisan daun ketumbar

CARA:
Goreng yee mee di dalam minyak yg banyak dan panas sehingga ia garing. Ketepikan.

Bawang putih ditumis hingga wangi. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masukkan air rebusan ayam, lobak merah, jagung muda dan kubis. Masukkan garam, serbuk perisa dan lada putih. Biarkan mendidih
dan masukan bancuahn tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat. Pecahkan telur, kacau dan padamkan api.

Curahkan kuah di atas yee mee. Hiaskan dgn daun bayam yang telah dicelur, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.


Sunday, July 3, 2011

Mee Ladna


BAHAN:
250g mi kuning
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar kicap sotong
1/2 sudu gula
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air
Sayuran pilihan (kubis, brokoli, kailan, jagung muda)
5 ekor udang sederhana dibuang kulit
1 ekor sotong dipotong
1 biji cili merah
1 cawan air rebusan ayam

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong dan air rebusan ayam. Masukkan kicap sotong dan gula. Biarkan mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau agar tidak bergentel. Setelah pekat masukkan mi. Sedia untuk dihidangkan.

TIPS: 
Boleh juga menggunakan yee mee atau mi kering untuk resipi ini tetapi hendaklah digoreng terlebih dulu dalam minyak penuh hingga garing sebelum dituangkan kuah diatasnya.