Monday, November 28, 2011

Kebab Udang



BAHAN:
800g udang sederhana besar
4 camb madu
2 biji limau nipis diambil jus
1 camb serbuk lada putih
2 camb sos tiram
100g minyak sapi

BAHAN LAIN
2 biji capsicum hijau diotong kiub
2 biji capcisum kuning dipotong kiub
2 biji capsicum merah dipotong kiub
1 tin nanas kiub
3 labu bawang besar di potong kiub
1 batang timun dipotong bulat

CARA:
Udang dibersihkan dgn buang kulit kecuali bahagian ekor. Satukan jus limau, serbuk lada putih & sos tiram. Gaulkan dgn udang & perap selama 15 minit. Cucuk udang dgn lidi dgn diselang seli dgn capsicum, bawang, nenas & timun. Sapu madu pada semua bahan. Panggang di atas api dgn direnjis dgn minyak sapi sehingga udang masak keperangan.


Friday, November 25, 2011

Butter Prawn





BAHAN:
500 udang harimau dibersihkan
4 biji kuning telur (boleh dilebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar
4 camb mentega
1 1/2 cawan minyak masak
5 helai daun kari
5 biji cili padi dihiris memanjang
2 camb tepung beras
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih

CARA:
Lumur udang dgn sedikit garam & serbuk lada putih. Goreng hingga masak. Ketepikan. Satukan kuning telur, susu segar, tepung beras & sedikit garam. Kacau sebati. Panaskan minyak yg bersih (bukan lebihan goreng udang) di dalam kuali bersama mentega. Biarkan sehingga mentega cair.  Biarkan minyak betul2 panas, curahkan bancuhan telur perlahan2. Biarkan berbuih & kacau dgn chopstick hingga bersarang.
Masukkan cili padi & daun kari. Bila telur telah kekuningan, masukkan udang. Biarkan sehingga garing baru diangkat dgn mencurahkan isi kuali ke dalam penyejat. Toskan minyak. Sedia utk dihidang.


Tuesday, November 22, 2011

Udang Tebu






BAHAN:
500g udang dibersih & buang kulit
1 batang tebu dibuang kulit
50g isi ayam dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
Garam, gula & lada sulah

CARA:
Potong tebu sepanjang 7cm. Ketepikan. Perap udang bersama putih telur, gula, garam & lada sulah selama 15 minit. Kisar udang bersama bawang putih sehingga halus. Gaul sebati udang kisar dgn isi ayam. Simpan di dalam peti sejuk selama sejam. Ambil segenggam adunan dan kepalkan pada batang tebu dgn kemas. Buat sehingga habis. Kukus udang tebu selama 5-10 minit. Angkat & panggang di atas api sehingga keperang2an. Hidangan ini enak dicicah dgn sos cili atau sos ikan. Boleh juga dihidangkan bersama nasi atau mi.

Saturday, November 19, 2011

Udang Sanggul





BAHAN :
20 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Air secukupnya
Kulit popia secukupnya

CARA:
Bersihkan udang dgn dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Perapkan dgn sedikit garam (sedikit sahaja) & serbuk lada sulah. Ketepikan. Bancuh tepung gandum dgn air sehingga mendapat bancuhan yg sederhana pekat. Ketepikan.
Ambil beberapa helai kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua & gunting menjadii juraian2 yg halus memanjang. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum. Lilitkan udang dgn juraian kulit popia sehingga menutup semua bahagian kecuali ekor. Goreng sehingga garing & kekuningan. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili & mayonis.

Nota: Selain udang, boleh jugak menggunakan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yg dipotong memanjang.


Wednesday, November 16, 2011

Udang Celup Tepung Beras + Keladi

(Photo : Unknown)

BAHAN A:
12 ekor udang dibuang kulit (tinggalkan bahagian ekor)
1 camb tepung jagung
Garam & serbuk perisa

BAHAN B:
1/2 cawan tepung beras
300g ubi keladi dikukus & dilecek halus
3camb minyak masak
1 camt serbuk lada sulah
Garam & serbuk perisa

CARA:
Gaul bahan A & perapkan seketika. Ketepikan. Bahan B digaul sebati. Salutkan udang yg dengan bahan B kecuali di bahagian ekor. Goreng garing. Hidangkan bersama sos cili.

Sunday, November 13, 2011

Udang Celup Tepung Beras





BAHAN
15 ekor udang dibersihkan
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 camt serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA
Bancuh tepung beras bersama telur & air. Masukkan serbuk kunyit & garam. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup udang ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili Thai

Thursday, November 10, 2011

Udang Celup Tepung Ubi





BAHAN:
10 ekor udang besar dibersihkan
2 camb tepung ubi
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 camt garam

CARA:

Tepung ubi, garam & serbuk lada sulah disatukan. Udang digaul dgn telur. Masukkan campuran tepung & gaul sebati. Goreng udang hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos.


Monday, November 7, 2011

Udang Celup Tepung Gandum + Tepung Jagung





BAHAN:
500g udang dibuang kulit (tinggalkan bahagian ekor)
500g tepung gandum
70g tepung jagung
2 biji telur
1 camb mentega
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur & mentega. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair. Sesuaikan rasa dgn garam. Celup udang di dalam bancuhan tepung & goreng hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili.


Friday, November 4, 2011

Udang Celup Tepung Gandum + Tepung Ubi



BAHAN:
12 ekor udang besar
3 camb tepung gandum
3 camb tepung ubi/tepung sagu
1/2 camt serbuk lada sulah
1 camb hirisan daun saderi
Garam & serbuk perisa
Air secukupnya

CARA:
Udang dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Bersih & ketepikan dahulu. Satukan tepung gandum, tepung ubi, serbuk lada sulah, garam, daun saderi & serbuk perisa di dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sediki sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair. Celup udang di dalam bancuhan tepung & goreng di dalam minyak panas hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili.

CARA MEMBUAT SOS:
5 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa (boleh diganti dgn 1/2 cawan air dicampur sedikit cuka)
Gula & garam secukupnya

Kisar semua bahan diatas. Masak hingga mendidih & agak pekat. Sesuaikan garam/gula & kepekatan sos mengikut citarasa.