Friday, September 30, 2011

Maggi Goreng




BAHAN:
5 ulas bawang putih dicincang halus
100g isi ayam dipotong kecil
6 ekor udang besar dibuang kulit
1 sudu kecil cili boh
2 biji cili merah dipotong nipis
Sedikit sawi dipotong
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garan dan serbuk perisa
3 bungkus maggi dicelur & ditoskan

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga garing. Masukkan udang, kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram & sedikit air. Biarkan sehingga udang masak. Masukkan sawi & cili merah. Biarkan seketika sebelum dimasukkan maggi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.


Tuesday, September 27, 2011

Sup Mee Suah




BAHAN
4 keping mi suah
4 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang putih diketuk
2 biji cili merah dihiris halus
1 kiub pati ikan bilis
5 ekor udang besar
100g isi ayam dipotong kecil
5 biji fishball dibelah dua
Sayuran pilihan dipotong (sawi, kubis, lobak merah dsb)
1 biji tomato potong 6
Air secukupnya
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Garan dan serbuk perisa

CARA

Tumis bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng lagi sehingga garing. Masukkan isi ayam & air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan pati ikan bilis, udang & sayuran pilihan. Biarkan mereneh seketika. Sesuaikan rasa dgn garam, serbuk lada sulah dan serbuk perisa.

Masukkan buah tomato, fishball dan pecahkan telur. Masukkan mi suah dan biarkan seminit dua sebelum tutup api. Hidangkan segera krn sup mi suah tidak sesuai dibiarkan lama krn mi suah akan kembang dan menyerap kuah. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.


Saturday, September 24, 2011

Mee Soto



BAHAN
300g mi kuning dicelur
300g daging dipotong nipis

1 keping dada ayam
1 paket sup bunjut
1 inci halia ditumbuk pecah
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
30g taugeh
1 sudu teh cuka
1 sudu besar kicap manis

BAHAN BERGEDIL
300g daging cincang
100g kentang rebus dilecek
1/2 cawan bawang goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur

BAHAN SAMBAL SOTO
5 biji cili merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kicap masin
6 sudu besar kicap manis
2 biji limau kasturi diperah airnya

CARA
Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut dan dada ayam. Biarkan sup terus mereneh dan dada ayam masak. Angkat dan ketepikan dada ayam. Masukkan cuka dan kicap manis ke dalam sup. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Hidangkan sup bersama mi kuning, taugeh, isi ayam yg telah disiat, bergedil, sambal soto dan taburan daun sup, daun bawang & bawang goreng.

CARA MEMBUAT BERGEDIL
Gaulkan kesemua bahan, kepal dan bentukkan leper dan digoreng hingga keemasan.

CARA MEMBUAT SAMBAL
Panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga garing. Masukkan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga mendidih dan masukkan kicap manis, kicap masin dan perahan limau kasturi. Biarkan sehingga agak pekat.


Wednesday, September 21, 2011

Sup Mee Sanggul Dengan Barli



BAHAN:
7 keping mi sanggul
300g udang besar dibersih & kupas kulit utk dibuat stok
1 kiub pati ayam/bilis

1 ikat sawi dipotong 1 inci
1 sudu besar sebuk lada hitam
10 ulas bawang merah dikisar
4 biji buah keras dikisar
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan barli
1 sudu besar lobak asin

CARA

Panakan 3 sudu besar minyak dan goreng kulit udang yg telah dikupas. Goreng sampai warnanya bertukar kemerahan kemudian tuang 3 mangkuk air. Biarkan mendidih selama 5 minit dan tutup api. Sejukkan sebentar sebelum dikisar halus & tapis ambil airnya sahaja.

Masukkan beras barli yg telah dibersihkan ke dalam stok udang dan rebus sehingga barli kembang & empuk. Tambahkan lada hitam & garam secukup rasa. Ketepikan.

Di dalam periuk lain panaskan 4 sudu besar minyak sapi & tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang dan teruskan menumis sehingga udang masak. Tuang air rebusan kulit udang dan masukkan kiub pati ayam/bilis. Biarkan mendidih barulah dimasukkkan sawi. Bila agak layu angkat dari dapur.

Letakkan mi sanggul di dalam pinggan. Curahkan kuah ke atasnya dan tabur dgn hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & lobak masin.


Sunday, September 18, 2011

Mee Bakso



BAHAN:
500g mi kuning dicelur
Sayuran pilihan dicelur (kubis/sawi/taugeh)
3 keping tauhu di goreng dan dipotong

Sambal kicap cili (cili padi tumbuk + kicap)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang

BAHAN UTK MEMBUAT SUP:
300g daging lembu dipotong kecil
2 kiub pati ayam
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang putih ditumbuk
6 ulas bawang merah ditumbuk
Garam & serbuk perisa

BAHAN UTK BEBOLA DAGING:
300g daging kisar
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk lada sulah
1 biji telur
garam secukup rasa
1 sudu teh soda bikarbonat
10 ulas bawang merah digoreng dan ditumbuk

CARA MEMBUAT SUP
Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Masukkan air secukupnya bersama daging. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut. Biarkan terus mereneh. Masukkan bebola daging dan biar sehingga bebola daging masak dan timbul di permukaan sup. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa.

CARA MEMBUAT BEBOLA DAGING :
Gaul semua bahan sehingga sebati. Jika agak lembik boleh tambahkan tepung jagung. Bulat2kan sebesar fishball.

CARA MENGHIDANG:
Masukkan mi kuning di dalam mangkuk. Masukkan sayuran yg telah dicelur, tauhu goreng, bawang goreng, hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan sambal kicap cili. Tuang sup panas beserta bebola daging.


Thursday, September 15, 2011

Mee Sanggul Goreng


(photo : amal5041@fotopages.com)


BAHAN:
2 keping mi sanggul dicelur dan ditoskan
100g isi ayam dipotong dadu
100g daging dihiris nipis
200g udang besar dikupas kulit & bersihkan
2 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
I pokok sawi dipotong 1 inci
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap masin
1 sudu besar cili boh
1 biji telur

CARA:
Tumis bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan cili boh dan goreng hingga garing. Masukkan 1cawan air, isi ayam & hirisan daging. Biarkan mereneh & daging empuk. Setelah itu masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak.

Pecahkan telur ke dalam kuali & kacau sehingga menjadi pekat. Masukkan mi dan sayur sawi. Gaul rata. Sesuaikan rasa dgn garam, kicap manis, kicap masin dan serbuk perisa. Apabila sayur masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan dgn taburan bawang goreng dan hirisan cili merah.


Monday, September 12, 2011

Mee Bandung Bidara


(Photo : www.eats.my)


BAHAN:
1 kilo mi kuning dicelur
2 pokok sawi dipotong2
1 batang lobak merah di hiris nipis

11 cawan air rebusan daging/ayam
1 mangkuk udang hidup
1 cawan udang kering direndam & dimesin
4 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
2 mangkuk kacang tanah direndam dan dimesin
6 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
3 ulas buah keras dikisar
1 kiub pati ayam
3 biji telur

CARA
Udang dibersihkan & direbus bersama kulit . Setelah masak sejukkan & kupas kulit udang. Mesin kulit udang bersama air rebusannya dan tapis. Simpan pati rebusan udang ini.

Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan daging/ayam, sos tomato & ari rebusan udang tadi. Biarkan mendidih di atas api yg sederhana. Masukkan kiub pati ayam & sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

Masukkan lobak merah & sawi. Kacau seketika kemudiah pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dlm kuah & biarkan jgn dikacau. Setelah telur masak angkat dr api. Hidangkan mi bersama udang rebus, bawang goreng, daun bawang, daun sup. Curahkan kuah ke atas mi.


Tuesday, September 6, 2011

Mee Bandung Muar



BAHAN:
1 peket mi kuning dicelur
1 ikat sawi dipotong

3 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
300g daging lembut
300g udang dibuang kulit
3 biji telur direbus
2 biji cili hijau dihiris
5 sudu besar sos tomato
Hirisan daun sup & daun bawang
Bawang goreng

BAHAN SAMBAL:
300g udang kering ditumbuk kasar
30 biji cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
Garam & serbuk perisa

CARA:
Daging direbus dan dipotong. Air rebusan disimpan sebagai stok.
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan udang kering & biarkan sehingga garing. Masukkan stok daging, daging & sos tomato. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan sayur sawi & udang. Sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perisa. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan tutup api.

Bubuh mi dan tauhu di dalam mangkuk. Tuang kuah dan taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, daun sup & cili hijau.


Saturday, September 3, 2011

Mee Udang Sungai Dua


(photo : jhuu8280@fotopages.com)


BAHAN:
1kg mi kuning dicelur
500g kentang/keledek direbus & dilecek

500g udang besar
100g daging ayam dipotong kecil
100g kerang
100g daging dipotong kecil
125g cili boh
10 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 kiub ikan bilis
3 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam & serbuk perisa
Telur rebus dipotong dua
Tauhu goreng dipotong kecil
2 liter air
Limau kasturi dibelah dua
Cili merah dipotong
Hirisan daun bawang & daun sup
Bawang goreng

CARA:
Kisar halus bawang putih, bawang merah, cili boh & kiub ikan bilis. Tumis bahan kisar ini sehingga wangi. Masukkan air, daging & ayam & biarkan mendidih.

Masukkan kentang/keledek yg telah dilecek bersama kerang & udang. Masukkan bancuhan tepung jagung & biarkan terus mereneh sehingga kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

Letak mi di dalam mangkuk. Susun telur rebus, tauhu goreng, cili potong, hirisan daun sup & daun bawang. Tuang kuah ke atasnya & taburkan bawang goreng. Perahkan limau kasturi jika suka.