Friday, May 30, 2014

Salad Sotong Sayur Campur


BAHAN:
3 ekor sotong dipotong bulat & dicelur
80g sayur campur
80g daun seleri dihiris
1/2 biji timun dibuang biji & potong dadu
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
100ml susu rendah lemak
1/2 kiub perasa makanan laut
Garam & serbuk lada putih

CARA:
larutkan kiub perasa dalam susu rendah lemak. Campurkan semua bahan-bahan lain & gaul sebati. Sedia utk dihidangkan.



(photo : www.dailyunadventuresincooking.com)

Tuesday, May 27, 2014

Sotong Goreng Halia





BAHAN
10 ekor sotong sederhana dipotong bulat
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 inci kunyit dikisar halus
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
Garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sotong & goreng hingga masak. Masukkan cili merah & cili hijau. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.

Saturday, May 24, 2014

Kari Sotong Dengan Terung


BAHAN :
500 sotong dibersihkan
10 tangkai cili kering dikisar
3 sm kunyit hidup dikisar
3 sm halia dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 peket rempah kari udang dibancuh dgn sedikit air
1/2 camt serbuk lada hitam
2 biji terung dipotong
5 biji cili hijau dibelah 2
1 biji tomato dibelah 4
2 batang serai diketuk
2 mangkuk santan
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya

CARA:
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam & air asam jawa. Goreng hingga garing. Masukkan santan & sotong. Kacau hingga mendidih. Masukkan terung, cili hijau & tomato. Masak hingga sayur layu. Masukkan garam secukupnya. Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, May 21, 2014

Sotong Masak Hitam


BAHAN:
500g sotong
1 biji bawang besar dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2 cm halia dikisar halus
2 batang serai diketuk
1 camt serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3 biji cili hijau dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 helai daun kunyit dihiris
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Sotong dibersihkan tanpa membuang dakwat hitam. Tumis bahan kisar bersama serai & serbuk kunyit hingga wangi. Masukkan sotong & asam gelugur. Kacau hingga sotong masak & kuah agak pekat. Masukkan bawang besar hiris & cili hijau. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Taburkan daun kunyit. Kacau seketika. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, May 18, 2014

Sotong Celup Tepung Kanji



BAHAN:
400g sotong besar dipotong bulat
1 biji bawang besar dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 sm halia dikisar halus
8 helai daun kari dikisar halus
1 camb serbuk kari
1 camt serbuk cili
1 cawan tepung kanji
1/2 cawan tepung naik sendiri
Garam secukupnya

CARA:
Gaul sotong dgn bahan kisar, serbuk kari, serbuk cili & garam. Satukan tepung kanji & tepung naik sendiri. Gaul sotong dgn tepung hingga rata. Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan. Sedia utk dihidangkan.

Thursday, May 15, 2014

Sotong Celup Tepung Jagung + Tepung Gandum



(photo : www.foodnut.com)

BAHAN:
300g sotong dipotong bulat
1 biji telur dipukul sedikit
150g tepung jagung
150g tepung gandum
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk lada sulah
1 camt garam

CARA:
Satukan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit, serbuk lada sulah & garam. Gaul sotong dgn telur. Golekkan sotong dlm campuran tepung & goreng dlm minyak yg panas hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili.

Monday, May 12, 2014

Sotong Masak Sos Tomato



(photo : www.scordo.com)

BAHAN:
300g sotong dipotong
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 camb minyak zaitun
1/2 tin tomato diramas hancur
1 cawan air rebusan udang
1 biji cili hijau
2 tangkai daun ketumbar dicincang kasar
Garam & serbuk lada hitam

CARA:
Tumis bawang putih & bawang besar dgn minyak zaitun hingga wangi. Masukkan tomato & air rebusan udang. Kacau hingga mendidih. Masukkan sotong, cili hijau & daun ketumbar. Biarkan terus mereneh sehingga kuah pekat. Masukkan garam & serbuk lada hitam secukupnya. Sedia utk dihidangkan.


Friday, May 9, 2014

Kerabu Mangga Sotong Kering




BAHAN:
100g sotong kering
1 camb minyak sapi
3 biji mangga muda diparut
10 biji cili padi dihiris
6 biji bawang merah dihiris
1 batang serai dihiris
1 camb serbuk belacan dibakar
6 biji limau kasturi diambil jus
Kacang tanah/gajus
Lada sulah secukupnya
Gula & garam secukupnya

CARA:
Panggang sotong kering dgn sedikit minyak sapi hingga garing. Siat & ketepikan.

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit. Semasa menghidang taburkan sotong kering di atasnya.


Tuesday, May 6, 2014

Sotong Celup Tepung Jagung Berempah


BAHAN:
400g sotong dipotong bulat
200g tepung jagung
2 biji telur ayam dipukul sedikit
2 camb serbuk kari
1 camb serbuk cili
1 camb serbuk kunyit
Garam & serbuk lada hitam

CARA:
Satukan tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, garam & serbuk lada hitam. Sotong digaul dgn telur hingga rata. Golekkan di atas campuran tepung. Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili.

Saturday, May 3, 2014

Sotong Masak Sos Padang


BAHAN :
5 ekor sotong besar dipotong bulat
5 ulas bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 inci kunyit hidup dikisar
5 tangkai cili merah dikisar halus
2 batang serai dikisar halus
2 camt ketumbar dikisar halus
2 helai daun limau purut dihiris
3 biji buah keras di sangrai & tumbuk lumat
Gula, garam & serbuk perisa

CARA :
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sotong & buah keras. Kacau hingga kuah pekat. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Taburkan daun limau purut. Sedia utk dihidangkan.