(photo : www.ermaheryzal.blogspot.c om)
BAHAN:
300g udang sederhana dibersihkan
5 ulas bawang merah dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
10 biji cili padi dikisar
10 urat kacang panjang dipotong 2 inci
3 cawan santan
1 keping kecil asam gelugur
Gula, garam & serbuk perisa
CARA
Masukkan udang, bahan kisar, asam gelugur & santan cair di dalam periuk. Kacau dlm api sederhana hingga mendidih. Masukkan kacang panjang & santan pekat. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Bila kacang panjang telah masak, bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment