Sunday, October 21, 2012

Ketam Goreng Halia



BAHAN
3 ekor ketam dibelah dua
1 inci halia dipotong dadu
8 ulas bawang putih dicincang halus
4 biji cili merah dipotong dadu
Gula,garam & serbuk perisa
Sedikit daun sup & daun bawang dimayang halus
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung

CARA
Ketam yg telah dibersikan di gaul dgn garam, serbuk kunyit, tepung jagung & serbuk lada putih. Goreng ketam dalam minyak penuh dan ketepikan. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan sedikit air. Biarkan mereneh. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Masukkan ketam dan kacau rata. Masukkan cili merah, daun sup & daun bawang. Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment