Tuesday, October 30, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Api




BAHAN:
500g ketam dipotong dua
100g cili padi ditumbuk halus
150g bawang merah ditumbuk halus
1 sudu serbuk kunyit
1 biji kelapa parut diambil santan (pati santan & santan cair)
2 batang serai dititik
Garam secukup rasa

CARA
Masukkan ketam, bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan santan cair ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih sambil selalu dikacau supaya tidak berketul dan pecah minyak. Apabila ketam cukup masak, masukkan pati santan. Sesuaikan rasa dgn garam. Sedia utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment