Tuesday, December 31, 2013

Sotong Masak Sos Vietnam




BAHAN:
500g sotong dipotong
2 biji bawang besar dipotong
1 batang serai diketuk
5 helai daun kari
1 batang celery dipotongg
1 tangkai cili merah dipotong
1 biji tomato dibelah empat
1/2 camb serbuk kari
1 camb sos tomato
1 camb sos cili
1/2 camb sos tiram
1/2 camb sos ikan
2 camb santan pekat
Sedikit garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang besar, serai & daun kari hingga wangi. Masukkan sotong, serbuk kari, sos tomato, sos cili, sos tiram, tomato, celery, cili merah, santan & sedikit air. Masak hingga kuah pekat. Sesuaikan rasa dgn sedikit garam & serbuk perisa. Hidangkan bersama taburan daun ketumbar & bawang goreng.


No comments:

Post a Comment