(photo : www.karyasict.blogspot.com)
BAHAN:
10 ekor udang galah dibersihkan
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3sm halia
2 batang serai
30g jintan manis
30g jintan putih
30g serbuk ketumbar
10g lada hitam
2camb rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
50g cili kering
2 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut
serbuk kunyit
Gula, garam & serbuk perisa
CARA:
Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, jintan manis, jintan putih, ketumbar & lada hitam. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Biarkan hingga wangi & pecah minyak. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, daun limau purut & udang. Masak hingga kuah pekat. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment