Friday, December 16, 2011

Udang Masak Lemak Tauhu & Taugeh





BAHAN:
1/2 kg udang sederhana besar dibersihkan
2 mangkuk santan
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cm halia dihiris
2 tangkai cili merah dihiris
4 keping tauhu di potong 6
1 batang lobak merah dipotong memanjang
1 mangkuk taugeh
Garam & serbuk perisa

CARA:

Panaskan santan, bawang merah, bawang putih & halia di dalam periuk. Kacau hingga mendidih. Masukkan tauhu, udang, lobak merah & taugeh. Kacau hingga masak. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment