BAHAN:
500g sotong dibersihkan
300g isi ikan tenggiri ditumbuk halus
1 biji telur dipukul sedikit
2 camb kelapa parut
1 camt lada sulah
Garam
KUAH:
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 sm halia dihiris
1 mangkuk santan
1 camb rempah kari daging dibancuh dgn sedikit air
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk kunyit
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Garam & serbuk perisa
CARA:
Gaul isi ikan tenggiri bersama kelapa parut, telur, lada sulah & sedikit garam. Sumbatkan adunan ke dalam sotong & semat dgn lidi. Ketepikan.
Tumis bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga sehingga bawang kekuningan. Masukkan rempah kari, serbuk jintan manis & serbuk kunyit. Goreng sehingga garing & pecah minyak. Masukkan santan & sotong. Kacau hingga mendidih. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa
No comments:
Post a Comment