Sunday, February 16, 2014

Ketupat Sotong Kelantan




BAHAN:
6 ekor sotong sederhana besar dibersihkan
1 1/2 cawan beras pulut (direndam 1 jam)
1 keping gula melaka / gula kerek (ni'san kelantan) diracik
santan pekat secukupnya
1 helai daun pandan
Lidi
Gula & garam

CARA
Sumbat beras pulut ke dalam sotong 3/4 penuh. Sumbat kepala sotong & semat dgn lidi. Susun sotong dalam periuk bersama daun pandan, gula melaka & sedikit garam. Tuang santan pekat hingga menutup paras sotong. Masak hingga santan mendidih & gula melaka larut. Tambah gula biasa mengikut kemanisan yg dikehendaki jika perlu. Tutup periuk & perlahankan api. Masak sehingga kuah betul2 pekat/hampir kering.

NOTA: 

Ketupat sotong bukan sejenis lauk tapi termasuk dlm kategori kuih muih manis sebagai pencuci mulut atau untuk hidangan petang.

No comments:

Post a Comment