(Photo: www.surayasaderi.blogspot. com)
BAHAN:
600g siput sedut dibersih & dititik bahagian hujung
6 ulas bawang merah ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup ditumbuk halus
2 inci lengkuas ditumbuk halus
2 tangkai cili merah ditumbuk halus
6 helai daun kaduk
1 biji kelapa diambil santan pekat
1 cawan air
Garam & serbuk perisa
CARA:
Didihkan satu cawan air bersama bahan tumbuk. Biarkan mereneh seketika. Masukkan santan pekat & siput. Kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan daun kaduk. Kacau hingga daun kaduk layu & siput masak. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment