Saturday, July 6, 2013

Gulai Siput Sedut Dengan Keledek





BAHAN:
600g siput sedut dibersih & dititik bahagian hujung
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 hiris halia ditumbuk halus
1 biji keledek dibuang kulit & potong kecil
1 camb serbuk kunyit
1 helai daun kunyit dicarik
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan santan cair, keledek, serbuk kunyit & daun kunyit. Biarkan mendidih & keledek empuk. Masukkan siput & santan pekat. Biarkan mendidih lagi sekali & siput masak. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.


No comments:

Post a Comment