(photo : www.taste.com.au)
BAHAN:
600g udang dibersih & buang kulit
2 biji telur dipukul sedikit
Sedikit tepung jagung
Sedikit bijan
30g bawang putih dicincang
1/2 biji cili merah dihiris
1/2 biji cili hijau dihiris
Sedikit daun ketumbar dihiris
1 pek sos lemon 'Brahims'
Sedikit kicap pekat
50g sos cili
Sedikit air
Garam & gula
CARA:
Perasakan udang dgn sedikit garam. Celupkan di dalam telur & salutkan dgn tepung jagung & bijan. Goreng udang hingga garing. Ketepikan. Utk membuat sos, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sos lemon, kicap, sos cili & sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau & daun ketumbar. Sesuaikan rasa dgn garam & gula. Hidangkan sos bersama udang goreng.
No comments:
Post a Comment