Monday, February 25, 2013

Lala Goreng Aneka Rasa



BAHAN:
1kg lala dibersihkan
5 ulas bawang putih dicincang
3 sm halia dimayang halus
1 camb sos tiram
1 camb kicap manis
1 camb sos tomato
1 camb sos cili
1 camt serbuk lada sulah
1 camb tepung jagung
Sedikit hirisan daun ketumbar
Garam & serbuk perisa

CARA:
Gaul lala bersama tepung jagung. Ketepikan.
Tumis bawang putih bersama halia hingga garing. Masukkan lala & goreng hingga separuh masak. Masukkan semua sos & biarkan mereneh (jika kuah terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air). Sesuaikan rasa dgn garam, lada sulah & serbuk perisa. . Taburkan hirisan daun ketumbar. Sedia utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment