(photo : www.lolaernie.blogspot.com)
BAHAN:
300g udang dibersihkan
5 ulas bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
5 biji cili merah dikisar halus
2 cm halia dikisar halus
2 cm lengkuas dikisar halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
1 camb serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
Garam & serbuk perisa
CARA:
Masukkan serai, daun limau purut, bahan kisar, udang & sedikit air di dalam periuk. Gunakan api sederhana renehkan sehingga mendidih & udang hampir masak. Masukkan santan & serbuk kunyit. Kacau sehingga mendidih lagi sekali. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment