(photo : www.friedchillies.com )
BAHAN:
500 udang harimau dibersihkan
4 biji kuning telur (boleh dilebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar
4 camb mentega
1 1/2 cawan minyak masak
5 helai daun kari
5 biji cili padi dihiris memanjang
2 camb tepung beras
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih
CARA:
Lumur udang dgn sedikit garam & serbuk lada putih. Goreng hingga masak. Ketepikan. Satukan kuning telur, susu segar, tepung beras & sedikit garam. Kacau sebati. Panaskan minyak yg bersih (bukan lebihan goreng udang) di dalam kuali bersama mentega. Biarkan sehingga mentega cair. Biarkan minyak betul2 panas, curahkan bancuhan telur perlahan2. Biarkan berbuih & kacau dgn chopstick hingga bersarang. Masukkan cili padi & daun kari. Bila telur telah kekuningan, masukkan udang. Biarkan sehingga garing baru diangkat dgn mencurahkan isi kuali ke dalam penyejat. Toskan minyak. Sedia utk dihidang.
No comments:
Post a Comment