Saturday, October 12, 2013

Sup Makanan Laut



BAHAN:
50g sotong dipotong
50g udang besar dibuang kulit
2 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
2 batang asparagus
2 biji jagung muda
1 camb kicap sotong
3 cawan stok ayam
Garam & serbuk perisa
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan cili padi
Sedikit bawang goreng
Garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi. Masukkan stok ayam. Biarkan mendidih. Masukkan sotong & udang. Biarkan seketika. Masukkan asparagus,jagung muda & kicap sotong. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang,cili padi & bawang goreng. Sedia utk dihidangkan.

NOTA:
Sup makanan laut boleh dimakan begitu saja atau boleh dimakan bersama nasi, kueyteow, mee atau meehoon yang telah dicelur.


No comments:

Post a Comment