Wednesday, April 24, 2013

Sup Kupang




BAHAN :
1kg kupang dibersihkan
3 ulas bawang merah dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
1 labu bawang besar dibelah 8
Air secukupnya
Hirisan daun sup & daun bawang
Garam & serbuk perisa

CARA :
Tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga wangi. Masukkan air & serai. Biarkan sehingga air mendidih. Masukkan kupang & bawang besar. Masak sehingga air mendidih lagi sekali & bawang layu. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Hidangkan dgn taburan daun bawang & daun sup.


No comments:

Post a Comment