Monday, March 4, 2013

Lala Goreng Bercili



BAHAN:
500g lala dibersihkan
2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawng putih dikisar
5 biji cili merah dikisar
1 batang serai diketuk
1 sudu teh serbuk kunyit
10g belacan
Sedikit air asam jawa
Gula, garam & serbuk perisa

CARA :
Tumis semua bahan2 kisar bersama serai, belacan & serbuk kunyit sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa & lala. Kacau sehingga lala masak. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.

TIPS :
Utk menambah kesedapan, boleh masukkan 2 biji telur ayam di dalam masakan dan kacau rata. Atau boleh juga menggunakan 4 camca besar mayonis.


No comments:

Post a Comment