Saturday, April 30, 2011

Beef Lasagna






BAHAN:
Lasagna segera (boleh didapati dipasaraya)
Parutan keju mozarella secukupnya
BAHAN SOS BOLOGNESE:
500g daging cincang
3 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji carrot dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 tin tomato pes
1/2 cawan minyak utk menumis
1 camt oregano
Gula & garam secukup rasa

BAHAN SOS PUTIH:
50g mentega
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan stok ayam/daging
1 cawan susu segar
Sedikit keju mozarella
sedikit garam

CARA:
Utk sos bolognese, tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & tomato pes. Masak hingga pekat.  Masukkan carrot, cendawan butang & oregano. Sesuaikan rasa gula & garam. Ketepikan.

Untuk sos putih, panaskan mentega & masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak berketul.  Masukkan stok ayam/daging, susu segar, garam & sedikit keju mozarella. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Sendukkan sos bolognese ke dalam acuan & ratakan. Ratakan pula sos putih diatasnya. Susun kulit lasagna.  Ulangi dgn sos bolognese sekali lagi, diikuti sos putih & lasagna.  Buat hingga loyang penuh dgn diakhiri dgn sos bolognese & sos putih serta taburan keju mozarela di atas sekali. Bakar dgn kepanasan 180 darjah F selama 15 minit atau 20 minit.

TIPS:
Sekiranya tidak menggunakan lasagna segera, kepingan lasagna hendaklah direbus terlebih dulu mengikut arahan pada kotak.

No comments:

Post a Comment