Tuesday, April 12, 2011

Pasta Sup






BAHAN:
200g pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
1 batang lobak merah dipotong dadu
100g fucuk direndam hingga lembut
100g cendawan tiram
50g suun direndam hingga lembut
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
1cm halia dikisar halus
5 cawan stok ayam
Garam & lada sulah secukup rasa

CARA:

Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan stok ayam. Apabila mendidih masukkan lobak merah. Selepas itu masukkan suun, fucuk & cendawan. Sesuaikan rasa dengan garam & lada sulah. Apabila hendak menghidang barulah dimasukkan pasta. Sesuai dimakan ketika panas.


No comments:

Post a Comment