(photo : www.ugwug.blogspot.com).
BAHAN:
400g pepahat dibersihkan
2 camb udang kering
5 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
10 biji cili padi dihiris
1 camb serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
2 camb sos soya hitam
2 camb sos soya biasa
2 camb sos tiram
8 helai daun kari
Garam, gula & serbuk perisa
CARA:
Udang kering direndam didalam air lebih kurang 15 minit kemudian toskan & ditumbuk kasar. Tumis udang kering sehingga wangi. Masukkan bawang merah & bawang putih. Goreng selama beberapa minit kemudian masukkan serbuk kari & biarkan agak garing baru masukkan pepahat, sos tiram dan sos soya. Kacau rata. Masukkan daun kari & cili padi. Goreng lagi beberapa minit. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment