Thursday, August 15, 2013

Siput Buluh @ Pepahat Goreng Cili


BAHAN:
400g pepahat dibersihkan
1 biji bawang besar dimayang
1 camb cili giling
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun sup
1 tangkai cili merah dihiris
Garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang besar & cili giling hingga wangi. Masukkan cili merah. Kacau seketika. Masukkan pepahat & kacau hingga pepahat masak. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Hidangkan dgn taburan daun bawang & daun sup.

No comments:

Post a Comment