Monday, April 21, 2014

Sotong Goreng Kicap Berempah



BAHAN :
500g sotong dibersihkan
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia muda dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai cili hijau dipotong serong
1 camb serbuk cili
1 camt kicap pekat
4 camb kicap manis
Sedikit air asam jawa
Garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga wangi. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kacau sebentar. Masukkan serbuk cili, kicap pekat & kicap manis. Masukkan air asam jawa, sotong & cili hijau. Kacau sehingga kuah pekat & melekat pada sotong. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment