(Photo : www.kuali.com)
BAHAN:
1 ekor ikan siakap/talapia
1/2 labu bawang besar dipotong dadu
1/2 keping dada ayam dipotong dadu
1 biji buah tomato dipotong dadu
3 kuntum cendawan hitam dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
2 helai daun teratai
10 tangkai cili padi ditumbuk
2 camb pes asam jawa
1 camb sos tomato
1 camb sos cili
Gula, garam & serbuk perisa
CARA:
Goreng ikan dalam minyak panas hingga masak. Ketepikan. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sedikit air bersama dada ayam, cili padi, pes asam jawa, sos tomato, & sos cili. Kacau hingga ayam masak & kuah agak pekat. Sesuaikan rasa dengan gula, garam & serbuk perisa. Tutup api & ketepikan.
Rebus sebentar daun teratai dalam air mendidih. Angkat & toskan. Letakkan ikan yang telah digoreng ke dalam daun teratai. Masukkan sos yang telah disediakan. Taburkan dengan cili merah, buah tomato & cendawan hitam di atasnya. Pastikan keseluruhan ikan ditutup dengan daun teratai. Letakkan 2 camb minyak masak di atas kuali leper & panggang ikan selama 10 minit dengan api perlahan. Angkat & letakkan di dalam pinggan. Buka daun teratai bila sedia utk dihidangkan.

No comments:
Post a Comment