Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Sup Mee Suah




BAHAN
4 keping mi suah
4 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang putih diketuk
2 biji cili merah dihiris halus
1 kiub pati ikan bilis
5 ekor udang besar
100g isi ayam dipotong kecil
5 biji fishball dibelah dua
Sayuran pilihan dipotong (sawi, kubis, lobak merah dsb)
1 biji tomato potong 6
Air secukupnya
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Garan dan serbuk perisa

CARA

Tumis bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng lagi sehingga garing. Masukkan isi ayam & air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan pati ikan bilis, udang & sayuran pilihan. Biarkan mereneh seketika. Sesuaikan rasa dgn garam, serbuk lada sulah dan serbuk perisa.

Masukkan buah tomato, fishball dan pecahkan telur. Masukkan mi suah dan biarkan seminit dua sebelum tutup api. Hidangkan segera krn sup mi suah tidak sesuai dibiarkan lama krn mi suah akan kembang dan menyerap kuah. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.


Saturday, September 24, 2011

Mee Soto



BAHAN
300g mi kuning dicelur
300g daging dipotong nipis

1 keping dada ayam
1 paket sup bunjut
1 inci halia ditumbuk pecah
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
30g taugeh
1 sudu teh cuka
1 sudu besar kicap manis

BAHAN BERGEDIL
300g daging cincang
100g kentang rebus dilecek
1/2 cawan bawang goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur

BAHAN SAMBAL SOTO
5 biji cili merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kicap masin
6 sudu besar kicap manis
2 biji limau kasturi diperah airnya

CARA
Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut dan dada ayam. Biarkan sup terus mereneh dan dada ayam masak. Angkat dan ketepikan dada ayam. Masukkan cuka dan kicap manis ke dalam sup. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Hidangkan sup bersama mi kuning, taugeh, isi ayam yg telah disiat, bergedil, sambal soto dan taburan daun sup, daun bawang & bawang goreng.

CARA MEMBUAT BERGEDIL
Gaulkan kesemua bahan, kepal dan bentukkan leper dan digoreng hingga keemasan.

CARA MEMBUAT SAMBAL
Panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga garing. Masukkan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga mendidih dan masukkan kicap manis, kicap masin dan perahan limau kasturi. Biarkan sehingga agak pekat.


Wednesday, September 21, 2011

Sup Mee Sanggul Dengan Barli



BAHAN:
7 keping mi sanggul
300g udang besar dibersih & kupas kulit utk dibuat stok
1 kiub pati ayam/bilis

1 ikat sawi dipotong 1 inci
1 sudu besar sebuk lada hitam
10 ulas bawang merah dikisar
4 biji buah keras dikisar
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan barli
1 sudu besar lobak asin

CARA

Panakan 3 sudu besar minyak dan goreng kulit udang yg telah dikupas. Goreng sampai warnanya bertukar kemerahan kemudian tuang 3 mangkuk air. Biarkan mendidih selama 5 minit dan tutup api. Sejukkan sebentar sebelum dikisar halus & tapis ambil airnya sahaja.

Masukkan beras barli yg telah dibersihkan ke dalam stok udang dan rebus sehingga barli kembang & empuk. Tambahkan lada hitam & garam secukup rasa. Ketepikan.

Di dalam periuk lain panaskan 4 sudu besar minyak sapi & tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang dan teruskan menumis sehingga udang masak. Tuang air rebusan kulit udang dan masukkan kiub pati ayam/bilis. Biarkan mendidih barulah dimasukkkan sawi. Bila agak layu angkat dari dapur.

Letakkan mi sanggul di dalam pinggan. Curahkan kuah ke atasnya dan tabur dgn hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & lobak masin.


Sunday, September 18, 2011

Mee Bakso



BAHAN:
500g mi kuning dicelur
Sayuran pilihan dicelur (kubis/sawi/taugeh)
3 keping tauhu di goreng dan dipotong

Sambal kicap cili (cili padi tumbuk + kicap)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang

BAHAN UTK MEMBUAT SUP:
300g daging lembu dipotong kecil
2 kiub pati ayam
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang putih ditumbuk
6 ulas bawang merah ditumbuk
Garam & serbuk perisa

BAHAN UTK BEBOLA DAGING:
300g daging kisar
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk lada sulah
1 biji telur
garam secukup rasa
1 sudu teh soda bikarbonat
10 ulas bawang merah digoreng dan ditumbuk

CARA MEMBUAT SUP
Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Masukkan air secukupnya bersama daging. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut. Biarkan terus mereneh. Masukkan bebola daging dan biar sehingga bebola daging masak dan timbul di permukaan sup. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa.

CARA MEMBUAT BEBOLA DAGING :
Gaul semua bahan sehingga sebati. Jika agak lembik boleh tambahkan tepung jagung. Bulat2kan sebesar fishball.

CARA MENGHIDANG:
Masukkan mi kuning di dalam mangkuk. Masukkan sayuran yg telah dicelur, tauhu goreng, bawang goreng, hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan sambal kicap cili. Tuang sup panas beserta bebola daging.


Thursday, September 15, 2011

Mee Sanggul Goreng


(photo : amal5041@fotopages.com)


BAHAN:
2 keping mi sanggul dicelur dan ditoskan
100g isi ayam dipotong dadu
100g daging dihiris nipis
200g udang besar dikupas kulit & bersihkan
2 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
I pokok sawi dipotong 1 inci
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap masin
1 sudu besar cili boh
1 biji telur

CARA:
Tumis bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan cili boh dan goreng hingga garing. Masukkan 1cawan air, isi ayam & hirisan daging. Biarkan mereneh & daging empuk. Setelah itu masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak.

Pecahkan telur ke dalam kuali & kacau sehingga menjadi pekat. Masukkan mi dan sayur sawi. Gaul rata. Sesuaikan rasa dgn garam, kicap manis, kicap masin dan serbuk perisa. Apabila sayur masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan dgn taburan bawang goreng dan hirisan cili merah.


Monday, September 12, 2011

Mee Bandung Bidara


(Photo : www.eats.my)


BAHAN:
1 kilo mi kuning dicelur
2 pokok sawi dipotong2
1 batang lobak merah di hiris nipis

11 cawan air rebusan daging/ayam
1 mangkuk udang hidup
1 cawan udang kering direndam & dimesin
4 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
2 mangkuk kacang tanah direndam dan dimesin
6 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
3 ulas buah keras dikisar
1 kiub pati ayam
3 biji telur

CARA
Udang dibersihkan & direbus bersama kulit . Setelah masak sejukkan & kupas kulit udang. Mesin kulit udang bersama air rebusannya dan tapis. Simpan pati rebusan udang ini.

Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan daging/ayam, sos tomato & ari rebusan udang tadi. Biarkan mendidih di atas api yg sederhana. Masukkan kiub pati ayam & sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

Masukkan lobak merah & sawi. Kacau seketika kemudiah pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dlm kuah & biarkan jgn dikacau. Setelah telur masak angkat dr api. Hidangkan mi bersama udang rebus, bawang goreng, daun bawang, daun sup. Curahkan kuah ke atas mi.


Tuesday, September 6, 2011

Mee Bandung Muar



BAHAN:
1 peket mi kuning dicelur
1 ikat sawi dipotong

3 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
300g daging lembut
300g udang dibuang kulit
3 biji telur direbus
2 biji cili hijau dihiris
5 sudu besar sos tomato
Hirisan daun sup & daun bawang
Bawang goreng

BAHAN SAMBAL:
300g udang kering ditumbuk kasar
30 biji cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
Garam & serbuk perisa

CARA:
Daging direbus dan dipotong. Air rebusan disimpan sebagai stok.
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan udang kering & biarkan sehingga garing. Masukkan stok daging, daging & sos tomato. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan sayur sawi & udang. Sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perisa. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan tutup api.

Bubuh mi dan tauhu di dalam mangkuk. Tuang kuah dan taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, daun sup & cili hijau.


Saturday, September 3, 2011

Mee Udang Sungai Dua


(photo : jhuu8280@fotopages.com)


BAHAN:
1kg mi kuning dicelur
500g kentang/keledek direbus & dilecek

500g udang besar
100g daging ayam dipotong kecil
100g kerang
100g daging dipotong kecil
125g cili boh
10 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 kiub ikan bilis
3 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam & serbuk perisa
Telur rebus dipotong dua
Tauhu goreng dipotong kecil
2 liter air
Limau kasturi dibelah dua
Cili merah dipotong
Hirisan daun bawang & daun sup
Bawang goreng

CARA:
Kisar halus bawang putih, bawang merah, cili boh & kiub ikan bilis. Tumis bahan kisar ini sehingga wangi. Masukkan air, daging & ayam & biarkan mendidih.

Masukkan kentang/keledek yg telah dilecek bersama kerang & udang. Masukkan bancuhan tepung jagung & biarkan terus mereneh sehingga kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

Letak mi di dalam mangkuk. Susun telur rebus, tauhu goreng, cili potong, hirisan daun sup & daun bawang. Tuang kuah ke atasnya & taburkan bawang goreng. Perahkan limau kasturi jika suka.

Tuesday, August 30, 2011

Mee Udang Pulau Pinang



(photo : www.eats.my)


BAHAN:
2 liter air
2 ketul paha ayam

500g udang besar
1 rangka yam
1 kiub pati rebusan ayam
500g mi kuning dicelur
200 taugeh dicelur
400g kangkung dicelur

BAHAN SAMBAL:
10 tangkai cili kering dibuang biji & rendam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 camb gula merah
100ml air

CARA:
Jerang 1 liter air sehingga mendidih. Masukkan peha ayam dan rebus hingga masak. Angkat & sejukkan. Buang tulang dan hiris ayam nipis2. Simpan air rebusannya.

Basuh & kupas kulit udang. Ketepikan kepala & kulit udang. Panaskan minyak di dalam kuali & tumis kepala & kulit udang bersama bawang putih hingga garing dan angkat.

Jerang baki air di dalam periuk besar sehingga mendidih. Celup udang sehingga masak & keluarkan. Bubuh kulit, kepala udang, rangka ayam & baki air rebusan ayam tadi. Biarkan terus mendidih sehingga sup tinggal separuh. Tapis sup & masukkan kiub pati ayam, garam & gula secukup rasa.

Untuk menyediakan sambal, kisar cili, bawang merah, bawang putih dan buah keras. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga wangi. Sesuaikan rasa dgn gula merah & garam & sedikit air.

Hidangkan mi di dalam pinggan bersama udang, isi ayam, taugeh & kangkung. Curahkan kuah ke atasnya & letakkan sambal & tabur hirisan daun bawang & bawang goreng


Saturday, August 27, 2011

Mee Udang Simple



BAHAN:
1/2 kg mi kuning dicelur
300g udang besar
8 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
4 keping tauhu kering dipotong
1 ikat kangkung dicelur
200g taugeh dicelur
Garam, gula & serbuk perisa
Bawang goreng, hirisan daun bawang, daun sup & cili merah.

CARA:
Tumis bawang putih dgn cili kisar hingga garing. Masukkan 1 liter air dan biarkan mendidih. Masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa.

Hidangkan mi dan tauhu di dalam mangkuk. Masukkan sayuran yg telah dicelur. Tuang kuah di atas mi dan taburkan dgn bawang goreng, hirisan daun bawang & daun sup. Perahkan limau kasturi jika suka.


Wednesday, August 24, 2011

Mee Rebus




BAHAN:
500g mi kuning dicelur
30g taugeh dicelur
2 keping tauhu goreng dipotong kecil
2 keping cucur udang dipotong kecil
1 biji timun dpotong kecil
2 biji telur rebus dibelah dua
Daun salad dipotong
2 biji kentang rebus dipotong kecil

BAHAN KUAH:
50g keledek direbus dan kisar halus
25g cili kering dikisar
20g bawang merah dikisar
10g bawang putih dikisar
10gm bawang besar dikisar
1 sudu besar rempah kari ayam dibancuh dgn sedikit air
1 kiub pati ayam
200ml air rebusan daging

CARA:

Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi. Masukkan rempah kari ayam. Tumis hingga garing. Masukkan stok daging bersama cili kering, kiub ayam dan keledek. Biarkan kuah mendidih dan pekat. Sesuaikan rasa dengan gula, garam dan serbuk perisa. Untuk menghidang,susun mi bersama bahan2 hias lain di dalam pinggan. Tuang kuah di atasnya.


Sunday, August 21, 2011

Mee Jawa


(photo : hanieliza.fotopages.com)


BAHAN A:
500g mi kuning
100g taugeh dicelur
3 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
5 biji telur direbus dan dibelah dua
Bawang goreng
Hirisan daun daun sup dan cili padi

BAHAN B:
3 biji ubi keledek direbus dan dikisar
150g kacang tanah digoreng dan dikisar
5 sudu cili giling
8 biji bawang merah dikisar halus
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn air
5 sudu besar gula merah
2 sudu gula pasir
100g daging dihiris nipis dan direbus empuk
1 liter air rebusan daging
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging bersama air rebusannya, keledek dan bancuhan tepung gandum. Biarkan mendidih dan masukkan kacang, gula merah dan gula pasir. Biarkan kuah mereneh sebentar. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa.

Hidangkan kuah bersama mi, taugeh yang telah dicelur, tauhu, telur dan taburkan hirisan daun sup, cili padi dan bawang goreng.


Thursday, August 18, 2011

Mee Tomyam



BAHAN:
200g mi kuning
100g ayam dipotong kecil
5 ekor udang
2 ekor sotong dipotong kecil
Sayuran pilihan
1 biji bawang besar dibelah 4
1 sudu kecil rempah tomyam
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
2 mangkuk air rebusan daging
1 biji perahan limau nipis

CARA:
Masukkan ayam, bawang, serai, daun limau purut dan 2 mangkuk air di dalam periuk. Didihkan sehingga ayam masak. Masukkan rempah tomyam, udang & sotong dan sayuran pilihan. Biarkan seketika. Masukkan mi dan jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Sedia utk dihidang.


Monday, August 15, 2011

Mee Kari



BAHAN:
600g mi kuning dicelur
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
6 keping tauhu kering dipotong kecil
1 kilo kerang direbus ambil isi
300g taugeh
4 biji telur rebus dibelah dua
2 sudu besar rempah kari
12 tangkai cili kering dikisar halus
8 biji bawang merah dikisar halus
3 biji bawang putih dikisar halus
5 helai daun kari
2 barang serai dititik

CARA:
Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan 2 mangkuk santan cair dan serai. Masukkan ayam. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasa dengan gula, garam dan serbuk perisa.
Susun mi, tauhu kering, telur, kerang dan taugeh di dalam pingan. Tuangkan kuah diatasnya.


Friday, August 12, 2011

Mee Sup





BAHAN:
150g mi kuning
5 ekor udang sederhana dibuang kulit
1 ekor sotong dipotong bulat
Sayur-sayuran pilihan
1 ulas bawang putih diketuk
1 sudu kecil minyak bijan
1 mangkuk air rebusan daging atau ayam
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong dan minyak bijan. Kacau sebentar. Masukkan air rebusan dan biarkan mendidih. Masukkan sayuran dan mi. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Hidangkan dgn taburan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.

Saturday, August 6, 2011

Mee Goreng Mamak



BAHAN:
500g mi kuning
30g bawang merah
30g bawang putih
50g cili boh
1 sudu kicap pekat
2 biji telur
100g udang dibuang kulit
100g sotong dihiris bulat
50g cucur udang dipotong kecil
100g tauhu goreng dihiris nipis

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili boh,kicap pekat, udang & sotong. Kacau sehingga udang dan sotong masak.

Masukkan tauhu, cucur udang dan mi kuning. Pecahkan telur dan kacau rata. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa. Hidangkan bersama hirisan timun, cili merah dan limau nipis.


Wednesday, August 3, 2011

Mee Goreng Basah



BAHAN:
300g mi kuning
50g isi ayam
50g udang dibuang kulit
50g sotong dipotong bulat
50g kubis dihiris nipis
50g sayur sawi dipotong
2 ulas bawang putih dikisar
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan stok daging
Garam dan serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih dan cili boh sehingga naik bau. Masukkan stok daging dan biarkan mendidih. Masukkan isi ayam, udang, sotong, sos tiram, kicap, sawi dan kubis. Masukkan mi, kacau rata dan masukkan garam dan serbuk perisa. Sedia utk dihidang.


Saturday, July 30, 2011

Mee Goreng Hokkien


(photo :The Food Pornographer@flickr.com)

BAHAN:
600g mi Hokkien
200g ayam
50g udang dibuang kulit
50g sayur pilihan
20g bawang putih dikisar
1/2 liter stok ayam
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk 'ikan sebelah'
Garam dan serbuk perasa

CARA:
Rebus mi Hokkien setengah masak dan toskan. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan ayam dan udang. Masukan stok ayam, sos tiram, kicap pekat dan serbuk ikan sebelah. Masukkan sayuran. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga kuah pekat. Masukkan mi dan sedia utk dihidangkan.


Wednesday, July 27, 2011

Mee Goreng GC Style



(photo : tulip77@myresipi.com)

BAHAN:
200g mi kuning
30g cili hijau
30g cili merah
30g celery
50g udang
2 ulas bawang putih dikisar halus
Sedikit sos soya hitam
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos tiram
Serbuk perisa
2 cawan air rebusan ayam

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukakn udang, sos tiram, sos soya hitam dan minyam bijan. Biarkan sebentar kemudian masukkan air rebusan ayam.

Biarkan mereneh barulah dimasukkan mi kuning, cili merah, cili hijau dan celery. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Hidangkan bersama paha ayam goreng.

Sunday, July 24, 2011

Mee Gulung



BAHAN MEE:

500g mee kering
2 kiub pati ayam
300g taugeh
10 biji telur dibuat dadar
Kicap manis secukup rasa
Daun bawang dan daun sup
Sedikit garam

BAHAN SUP:
8 biji bawang merah dimayang halus
5 ulas bawang putih dimayang halus
2cm halia dihiris nipis
Sedikit rempah sup (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga)
200g isi ayam
200g udang
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
1 biji lobak merah dihiris memanjang
200 bunga kubis dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 4

CARA:
Pukul telur bersama garam kemudian dadarkan nipis-nipis. Ketepikan.

Rendam mee hingga lembut, celur dan sejatkan. Panaskan sedikit minyak dan masukkan kicap, mee & taugeh. Kacau beberapa minit. Ambil sekeping telur dadar, bubuh mee goreng dan gulung seperti menggulung kuih ketayap. Potong dua dan susun di dalam pinggan.

Untuk membuat kuah, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan rempah dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan isi ayam dan udang dan masak hingga ayam empuk. Masukkan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan kiub pati ayam, sos tiram & sayur2an. Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Tuang kuah di atas gulungan mee dan tabur daun bawang dan daun sup yg dimayang halus. Hidangkan semasa panas.