Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Fettucinne Cendawan




BAHAN:
250g pasta fettuccine dicelur mengikut arahan pada kotak
2 camb mentega
1/2 tin cendawan butang dihiris nipis
2 ulas bawang putih
5 helai daun oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 tin sup krim ayam
garam secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih dengan mentega. Masukkan cendawan, oregano, & sup krim ayam. Masak hingga pekat. Sesuaikan rasa dgn garam & lada sulah. Hidangkan pasta fettuccine diatas pinggan. Tuang sos keatasnya dan tabur serbuk lada hitam.


Wednesday, May 18, 2011

Pasta Itali


BAHAN:
300g pasta fettucine dicelur mengikut arahan pada kotak
1/4 cawan minyak zaitun
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 helai daun salam
2 camca teh tyme
20g cendawan butang dihiris
1 tin tomato puri
200g udang dibuang kulit
200g sotong dipotong bulat
Gula, garam & lada sulah secukup rasa

CARA:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukakn daun salam, tyme & cendawan. Masak beberapa minit. Masukkan tomato puri dan biarkan mendidih. Masukkan udang dan sotong dan biarkan hingga setengah masak. Masukkan pasta dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dengan gula, garam dan lada sulah. Sedia utk dihidangkani.


Sunday, May 15, 2011

Ravioli Cendawan




BAHAN:
200g pasta ravioli direbus mengikut arahan pada kotak
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
150g cendawan hitam
100ml krim segar
1/2 sudu teh daun selasih dicincang
2 sudu besar minyak jagung
1 helai daun bay
1 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cendawan hitam, daun bay & daun selasih. Masak beberapa minit. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak bergentel. Masukkan krim segar dan biarkan hingga mendidih. Masukkan pasta dan sesuaikan rasa dgn garam & lada sulah. Sedia utk dihidangkan.


Thursday, May 12, 2011

Sup Spaghetti




BAHAN:
1/2 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
50g daun sawi
50g jagung muda belah 4
2 bij tomato dibelah 4
1/2 tin cendawan butang dibelah 4
10 biji bebola ikan
10 biji bebola sotong
5 cawan stok daging/ayam
Garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA:
Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu. Masukkan stok ayam/daging. Biarkan mendidih. Masukkan bebola ikan, bebola sotong dan cendawan butang. Sesuaikan rasa garam, lada sulah & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Monday, May 9, 2011

Penne Udang





BAHAN:
220g pasta penne dicelur mengikut arahan pada kotak
3 ulas bawang merah
150g udang dibuang kulit
1 cawan stok ikan
2 camb minyak zaitun
2 ulas bawang putih
1 cawan krim segar
Sedikit gula, garam & lada sulah
Daun parsli dihiris halus

CARA:
Tumis bawang putih, bawang merah & udang dgn minyak zaitun. Masukkan stok ikan dan biarkan mendidih. Kecilkan api, masukkan krim segar dan biarkan mereneh. Sesuaikan rasa dgn garam, gula dan lada sulah. Taburkan daun parsli. Sedia utk dihidangkan bersama pasta. Jika suka boleh dimakan bersama taburan keju parmesan.


Friday, May 6, 2011

Seafood Lasagna



BAHAN:
15 keping lasagna masak
800g makanan laut (isi ikan merah, sotong, udang, isi tiram)
1 cawan sos tomato
4 cawan susu
6 camca besar tepung gandum
2 camca besar mentega
2 helai daun bay
1/2 camt serbuk buah pala
2 bji bawang besar dipotong dadu
250g keju cheddar diparut

CARA:
Utk membuat sos putih, panaskan mentega dan tepung dgn api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel. Masukkan susu, daun bay & serbuk pala. Masak hingga sos pekat.

Susun kepingan lasagna di atas acuan. Ratakan sos tomato diikuti makanan laut. Ratakan pula sos putih diatasnya. Taburkan keju cheddar. Ulangi melapis hingga acuan penuh dan tabur keju cheddar dilapisan paling atas. Bakar selama 45 minit dgn suhu sederhana.



Tuesday, May 3, 2011

Makaroni Bakar Berkeju


(photo: alfahanum@fotopages.com)


BAHAN:
500g makaroni dicelur mengikut arahan pada kotak
600g daging cincang
1 tin tomato puri
250ml susu segar
2 camt lada sulah
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
250g keju cheddar atau mozarella parut
1 tin cendawan butang dihiris nipis
3 sudu besar minyak sayuran
3 biji telur dipukul
Garam & gula secukup rasa

CARA:
Rebus makaroni hingga lembut. Tos & Ketepikan dahulu.  Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan tomato pes, daging & cendawan. Masak hingga mendidih dan pekat. Masukkan makaroni. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & lada sulah. Sejukkan. Tuang telur yg telah dipukul bersama susu segar. Gaul sebati.

Sapukan sedikit minyak pada acuan. Sendukkan makaroni ke dalam acuan. Taburkan keju diatasnya. Bakar pada api sederhana selama 45 minit.

Saturday, April 30, 2011

Beef Lasagna






BAHAN:
Lasagna segera (boleh didapati dipasaraya)
Parutan keju mozarella secukupnya
BAHAN SOS BOLOGNESE:
500g daging cincang
3 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji carrot dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 tin tomato pes
1/2 cawan minyak utk menumis
1 camt oregano
Gula & garam secukup rasa

BAHAN SOS PUTIH:
50g mentega
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan stok ayam/daging
1 cawan susu segar
Sedikit keju mozarella
sedikit garam

CARA:
Utk sos bolognese, tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & tomato pes. Masak hingga pekat.  Masukkan carrot, cendawan butang & oregano. Sesuaikan rasa gula & garam. Ketepikan.

Untuk sos putih, panaskan mentega & masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak berketul.  Masukkan stok ayam/daging, susu segar, garam & sedikit keju mozarella. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Sendukkan sos bolognese ke dalam acuan & ratakan. Ratakan pula sos putih diatasnya. Susun kulit lasagna.  Ulangi dgn sos bolognese sekali lagi, diikuti sos putih & lasagna.  Buat hingga loyang penuh dgn diakhiri dgn sos bolognese & sos putih serta taburan keju mozarela di atas sekali. Bakar dgn kepanasan 180 darjah F selama 15 minit atau 20 minit.

TIPS:
Sekiranya tidak menggunakan lasagna segera, kepingan lasagna hendaklah direbus terlebih dulu mengikut arahan pada kotak.

Wednesday, April 27, 2011

Bebola Enak Mac & Cheese




BAHAN:
3 cawan mac & cheese (Rujuk resipi mac & cheese)
1 biji telur
2 sudu susu segar
100g serbuk roti

CARA:
Sejukkan 'mac & cheese' di dalam peti sejuk selama lebihkurang 2 jam. Keluarkan dari peti sejuk, dan bentukkan menjadi bebola. Setelah semua siap dibentukkan, masukkan di dalam bekas bertutup dan simpan lagi di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.

Pukul telur bersama susu. Celup bebola mac & cheese ke dalam bancuhan telur dan golekkan di atas serbuk roti sehingga meliputi seluruh bebola. Goreng di dalam minyak terendam sehingga bewarna keperang-perangan. Bebola mac & cheese boleh dimakan begitu saja atau bersama sos kesukaan anda.

TIPS:
Pastikan minyak betul2 panas ketika menggoreng untuk mengelakkannya menyerap minyak.


Sunday, April 24, 2011

Mac & Cheese


(photo : Laura A@flickr.com)



BAHAN:
3 cawan makaroni dicelur mengikut arahan pada kotak
2 sudu besar mentega
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 camt garam
1 cawan parutan keju cheddar
Sedikit lada sulah

CARA:
Cairkan mentega didalam kuali. Masukkan tepung dan kacau supaya tidak bergentel. Masukkan susu dan terus kacau. Apabila mendidih, kecilkan api dan masak sehingga agak pekat. Tutup api dan masukkan keju cheddar, garam & lada sulah. Kacau hingga sebati. Tuang sos ke atas pasta dan gaul rata. Sedia utk dihidang.

TIPS:
Sekiranya mac & cheese yang dibuat berlebihan, jangan dibuang. Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dan digunakan utk membuat bebola enak mac & cheese.


Thursday, April 21, 2011

Pasta Bebola Daging


(Photo: unknown)

BAHAN:
200g pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
3 camb sos tomato
1 camb sos cili
2 camb minyak
5 biji cendawan butang besar dihiris nipis
200g daging kisar
1 sudu kecil halia kisar
2 ulas bawang merah kisar
1 sudu kecil rempah kari
1 batang daun sup dimayang halus
1 keping roti direndam & diperah
1 biji telur
Garam dan lada sulah mengikut rasa
1/2 cawan stok daging

CARA:

1. Gaul daging kisar, halia, bawang merah, rempah kari, daun sup & roti. Masukkan telur & gaul sebati. Bentukkan bebola daging. Gril selama 5-10 minit hingga bebola daging masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan sos tomato & sos cili bersama stok daging. Masukkan pasta, cendawan & bebola daging. Sesuaikan rasa dgn garam & lada sulah. Semasa menghidang, taburkan keju parmesan jika suka.

Monday, April 18, 2011

Pasta Daging Stroganoff





BAHAN:
100g pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
50g daging dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 tin cendawan butang dihiris nipis
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh krim segar
1/2 sudu teh beef seasoning
1/4 cawan air
Sedikit tepung gandum
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan hirisan daging dan masak selama 5 minit. Masukkan air dan kacau hingga agak pekat. Masukkan cendawan, serbuk cili, tepung gandum, garam & lada sulah. Kacau selama 5 minit sebelum dimasukkan krim segar. Hidangkan pasta di dalam pinggan dan tuangkan sos daging stroganoff diatasnya..


Friday, April 15, 2011

Seafood Pasta



(photo : happy homebaker@flickr.com)


BAHAN:
1 bungkus pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
2 tangkai daun saderi dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang
3 camb minyak zaitun
1 camt herba oregano
1 camt basil
1 camt thyme
1 tin tomato puri
300g udang dibuang kulit
200g isi ikan dipotong dadu
200g kupang
3gm sotong dipotong bulat
Gula, garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA:
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang besar. Masukkan oregano, basil & tyme hingga wangi. Masukkan tomato puri, udang, isi ikan dan sotong. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa dgn gula, garam, lada sulah & serbuk perisa. Masukkan spaghetti. Gaul sebati. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, April 12, 2011

Pasta Sup






BAHAN:
200g pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
1 batang lobak merah dipotong dadu
100g fucuk direndam hingga lembut
100g cendawan tiram
50g suun direndam hingga lembut
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
1cm halia dikisar halus
5 cawan stok ayam
Garam & lada sulah secukup rasa

CARA:

Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan stok ayam. Apabila mendidih masukkan lobak merah. Selepas itu masukkan suun, fucuk & cendawan. Sesuaikan rasa dengan garam & lada sulah. Apabila hendak menghidang barulah dimasukkan pasta. Sesuai dimakan ketika panas.


Saturday, April 9, 2011

Pasta Goreng Makanan Laut




 BAHAN:
1 bungkus pasta pilihan direbus mengikut arahan pada kotak.
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dipotong dadu
10 biji cendawan shitake segar
250g udang dibuang kulit
1 biji cili merah dipoton dadu
1 biji cili hijai dipotong dadu
100g brokoli dipotong kecil
100g lobak merah dipotong dadu
1 sudu teh herba Itali
Garam & lada sulah secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus

CARA:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga udang separuh masak. Masukkan lobak merah, brokoli, cendawan, cili merah dan cili hijau. Masukkan pasta dan sesuaikan rasa dengan garam & lada sulah. Taburkan herba Itali & hirisan daun ketumbar. Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, April 6, 2011

Spaghetti Marinara






BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
5 ulas bawang putih dicincang halus
2 camb minyak zaitun
100g udang dibuang kulit
100g sotong dihris bulat
100g isi tiram
1 tin tomato puri
Sedikit herba oregano
Sedikit hirisan daun parsli
Gula, garam, lada sulah secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan tomato puri. Biar hingga mendidih . Masukkan udang, tiram dan sotong. Kacau hingga masak. Sesuaikan rasa dengan gula, garam & lada sulah. Masukkan sphagetti. Tabur dgn hirisan daun parsli & herba oregano. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, April 3, 2011

Spaghetti Vongole





BAHAN:
160g spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
sedikit daun ketumbar
30g kepah
1 camt cuka
2 cawan stok ayam
1 camb minyak zaitun
3 ulas bawang merah
garam & lada sulah secukup rasa

CARA:
Spaghetti direbus mengikut arahan pada kotak. Sejatkan.  Tumiskan bawang dan cili dlm minyak zaitun. Masukkan stok ayam dan kepah. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & lada sulah. Masukkan spaghetti. Taburkan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.


Wednesday, March 30, 2011

Spaghetti Carbonara






BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
100g lala
100g udang
100g isi ikan dihiris nipis
100g isi ketam
100g sotong
5 biji cendawan butang besar dihiris nipis
1 cawan krim putar
2 camb minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh herba Itali
Garam, gula, lada sulah secukup rasa.

CARA:
Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan lala, udang, isi ikan, isi ketam, sotong dan cendawan butang. Masakkan selama 2 minit. Masukkan krim putar dan spaghetti. Sesuaikan rasa dengan gula, garam & lada sulah. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, March 27, 2011

Spaghetti Blanca


BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
500g udang direbus & buang kulit
125g abalone dipotong dua
1 tin tomato puri
8 ketul tiram bersama kulit
1 tangkai daun bawang dihiris halus
1/2 cawan stok ayam
1 sudu besar hirisan daun salam
1 sudu besar hirisan daun parsli
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lada merah dihiris halus
Gulu dan garam secukup rasa

CARA:
Tumis bawang putih, daun bawang & lada merah hingga agak layu. Masukkan tomato puri dan stok ayam. Apabila mendidih masukkan udang, tiram, abalone. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan daun salam & daun parsli. Sesuaikan rasa gula & garam. Hidangkan kuah bersama spaghetti.


Thursday, March 24, 2011

Spaghetti Bolognese





BAHAN:
1 bungkus spaghetti dicelur mengikut arahan pada kotak
250g daging kisar
1 tin tomato puri
3 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 cawan air
Sedikit cendwan butang dihiris atau mixed vege (karot, kacang pis, jagung)
Garam & gula secukup rasa

CARA: 
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.   Masukkan tomato puri, daging kisar & air. Masak hingga mendidih dan agak pekat.  Masukkan cendawan butang atau mixed vege. Sesuaikan rasa gula & garam.

4. Hidangkan spaghetti di atas pinggan. Tuangkan kuah diatasnya. Sesuai dihidangkan semasa panas.