Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Ikan Talapia Goreng Dengan Kerabu Mangga


BAHAN:
1 ekor ikan talapia saiz besar/siakap
2 biji mangga muda dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 batang serai dihiris
6 biji cili padi dihiris
1 biji tomato dibuang biji & dihiris
3 camb jus limau kasturi
3 camb sos ikan
1 camb gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Lumur ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng garing & ketepikan. Di dalam bekas lain larutkan gula bersama sos ikan &  jus limau.  Ketepikan.  Bahan2 hiris dicampur bersama & tuangkan bancuhan sos ikan kedalamnya.  Gaul rata & biarkan sebentar. Semasa  menghidang, tuangkan kerabu mangga di atas ikan.

Friday, May 9, 2014

Kerabu Mangga Sotong Kering




BAHAN:
100g sotong kering
1 camb minyak sapi
3 biji mangga muda diparut
10 biji cili padi dihiris
6 biji bawang merah dihiris
1 batang serai dihiris
1 camb serbuk belacan dibakar
6 biji limau kasturi diambil jus
Kacang tanah/gajus
Lada sulah secukupnya
Gula & garam secukupnya

CARA:
Panggang sotong kering dgn sedikit minyak sapi hingga garing. Siat & ketepikan.

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit. Semasa menghidang taburkan sotong kering di atasnya.


Wednesday, April 30, 2014

Kerabu Sotong Daun Selom



BAHAN:
4 ekor sotong dibersihkan & potong bulat
300g daun selom dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 biji cili merah dihiris
1/2 batang lobak merah diparut
10g suhun dicelur
3 camb kicap sotong / sos ikan
3 camb jus limau kasturi
Gula

CARA:
Celur sotong hingga masak. Gaulkan sotong bersama semua bahan. Sedia utk dihidangkan.


Monday, February 10, 2014

Kerabu Sotong



(photo : hairieusoff @ www.seleraku.wordpress.com)

BAHAN:
4 ekor sotong dibersihkan & potong bulat
4 biji cili api merah dihiris
4 biji cili api hijau dihiris
4 biji bawang merah dihiris
2 batang serai dihiris
1 biji limau nipis diambil jus
Gula & garam

CARA:
Celur sotong hingga masak. Gaulkan sotong dgn semua bahan. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, December 28, 2013

Kerabu Mangga Sotong Basah



BAHAN:
4 ekor sotong dibersihkan & potong bulat
3 biji mangga muda dihiris
1 biji tomato dibuang biji & dihiris
10 biji cili padi dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris
Sedikit daun ketumbar dihiris
3 camb kicap sotong / sos ikan
3 camb jus limau kasturi
Gula

CARA:
Celur sotong hingga masak. Ketepikan. Satukan jus limau, kicap sotong, & gula. Kacau hingga gula larut. Campurkan sotong dgn semua bahan hiris. Tuang campuran jus limau. Kacau rata. Sedia utk dihidangkan.

Sunday, November 10, 2013

Kerabu Sotong Jantung Pisang & Nenas


BAHAN:
1 biji jantung pisang dihiris & celur
2 ekor sotong dipotong bulat & celur
5 ulas bawang merah dimayang
1/4 biji nenas dipotong kecil
1 biji cili hijau dimayang
1 biji cili merah dimayang
1 cawan santan
1 genggam ikan bilis
1 camt lada hitam
1 camt jus limau nipis
Gula & garam

CARA:

Rendam ikan bilis dlm air panas selama 10 minit. Toskan dan tumbuk bersama lada hitam sehingga hancur. Satukan ikan bilis dgn santan & sesuaikan rasa dgn gula & garam. Gaulkan semua bahan lain hingga sebati. Curah bancuhan santan & kacau rata. Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, October 30, 2013

Kerabu Jellyfish

  (Photo : www.kayumanis.my)

BAHAN:
500g jellyfish
1 biji bawang besar dimayang halus
6 tangkai cili padi hijau dimayang halus
1 batang serai dimayang halus
2 labu bawang putih jeruk dimayang halus
2 camb jus limau nipis
2 camb sos ikan
Gula secukup rasa

CARA:
Cuci & rendam jelly fish selama lebihkurang 2 jam utk mengeluarkan garam. Tos & potong kecil. Campurkan jellyfish dgn bahan2 lain. Gaul sebati & perap selama 1 jam sebelum dihidangkan


Sunday, October 27, 2013

Kerabu Gamat


  (Photo : www.astro.com.my)

BAHAN:
5 ekor gamat direbus & potong nipis
100g sambal belacan
50g udang kering ditumbuk
200g bawang besar dihiris
100g kerisik
1 kuntum bunga kantan dihiris
2 batang serai dihiris
300g kacang kelisa dihiris
100g jus limau nipis
Garam & serbuk perisa

CARA:
Gaulkan semua bahan hingga sebati. Sedia utk dihidangkan.


Monday, October 21, 2013

Kerabu Makanan Laut

  (Photo : www.chaosnet3.co.uk)

BAHAN:
50g isi ikan merah dihiris
50g sotong dihiris bulat
50g udang dibersihkan
50g jejari ketam dihiris
20g bawang besar dihiris
20g daun bawang dihiris
5 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
5 camb sos ikan
4 camb jus limau nipis
Gula secukupnya

CARA:
Rebus seafood hingga masak & toskan. Campurkan sos ikan, jus limau nipis bersama gula. Kacau hingga gula larut. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, June 15, 2013

Kerabu Kerang





BAHAN :
300g isi kerang rebus
1 genggam taugeh dicelur
1 ikat pucuk paku dicelur
3 biji cili merah dihiris halus
1 bij bawang besar dihiris halus
50g udang kering ditumbuk kasar
5 biji cili api ditumbuk kasar
1 camt serbuk belacan
1 cawan kelapa parut disangrai
1 biji limau nipis diambil jus
5 biji limau kasturi diambil jus
Gula & garam secukupnya

CARA:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Larutkan gula & garam bersama jus limau nipis & limau kasturi. Tuangkan ke dalam mangkuk & kacau hingga rata. Sedia utk dihidangkan.


Monday, December 31, 2012

Kerabu Ketam Masam Manis


BAHAN
500g isi ketam
1 batang serai dihiris halus
1 helai daun limau purut dihiris halus
10 biji cili padi dihiris halus
1 biji tomato dibuang biji dan dihiris
2 sudu sos ikan
2 biji limau nipis
100g taugeh dicelur
1 batang timun dihiris

CARA
Campurkan kesemua bahan hiris & gaul rata. Masukkan isi ketam, taugeh, sos ikan, air limau, garam & gula mengikut citarasa. Sedia utk dihidangkan.


Monday, January 16, 2012

Kerabu Udang



BAHAN:
200g udang dibersihkan (buang kulit)
5 ulas bawang merah
2 tangkai daun kesum
2 biji limau nipis diambil jus
1 kuntum bunga kantan
4 helai dan limau purut
3 sudu besar kelapa parut
2 batang serai
10 biji cili padi
Gula, garam & cuka

CARA:
Celur udang hingga masak. Ketepikan. Hiris halus bawang merah, serai, daun kesum,bunga kantan, daun limau purut & cili padi. Gaul udang dgn bahan2 hiris,kelapa parut & jus limau nipis hingga sebati. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & cuka (jika perlu).

NOTA:  
Kerabu udang lebih sedap dimakan jika disimpan di dalam peti sejuk lebihkurang 2 jam sebelum dihidangkan.