(Photo : www.zuraydamohdraya.blogspot.com)
BAHAN:
4 ekor ikan kembung atau selar
3 ulas bawang merah ditumbuk
15 tangkai cili padi ditumbuk
10 biji terung telunjuk dibelah dua
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa
CARA:
Masak santan cair bersama ikan, asam gelugur dan bahan tumbuk sehingga mendidih. Biarkan mereneh seketika. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan terung telunjuk. Kacau sehingga terung layu. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment