Tuesday, November 4, 2014

Ikan Talapia Goreng Dengan Kerabu Mangga


BAHAN:
1 ekor ikan talapia saiz besar/siakap
2 biji mangga muda dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 batang serai dihiris
6 biji cili padi dihiris
1 biji tomato dibuang biji & dihiris
3 camb jus limau kasturi
3 camb sos ikan
1 camb gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Lumur ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng garing & ketepikan. Di dalam bekas lain larutkan gula bersama sos ikan &  jus limau.  Ketepikan.  Bahan2 hiris dicampur bersama & tuangkan bancuhan sos ikan kedalamnya.  Gaul rata & biarkan sebentar. Semasa  menghidang, tuangkan kerabu mangga di atas ikan.

No comments:

Post a Comment