100g kuey teow
1 biji telur
1 ulas bawang putih dicincang halus
3 ekor udang sederhana besar
1 ekor sotong dipotong bulat
3 biji bebola ikan dibelah dua
1 cawan stok ayam
Sayuran pilhan
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
1 sudu teh sos tiram
1 biji cili merah dipotong memanjang
Garam, lada sulah dan serbuk perasa
CARA:
Panaskan kuali. Pecahkan telur dan masukkan kuey teow. Kacau rata. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan stok ayam Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, udang, sotong, sayuran & bebola ikan. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa dengan garam, lada sulah & serbuk perasa. Tuangkan kuah di atas kuey teow yg siap digoreng tadi. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment