Monday, June 6, 2011

Char Kuey Teow Penang


  (photo : www.rasamalaysia.com)

BAHAN:
250g kuey teow
2 ulas bawang putih dicincang halus 

60g udang saiz sederhana dibuang kulit
40g isi ayam dipotong kecil
30g isi kerang
80g taugeh
60g daun kucai dipotong
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
Garam dan serbuk perasa.

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam, udang & kerang. Masukkan cili giling. Tumiskan seketika. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kacau sebati.. Pecahkan telur dan masukkan kuey teow. Masukkan kucai dan taugeh. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa. Sedia utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment