BAHAN:
300g mi dibasuh dan toskan
6 tangkai sawi potong 3sm
2 tangkai daun bawang potong 3sm
1 cawan taugeh
1/2 cawan daging ayam potong kecil
10 ekor udang buang kulit
1 keping tauhu potong kecil
1 labu bawang besar dikisar halus
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
CARA:
Tumis bawang kisar hingga wangi. Masukkan serbuk cili, daging ayam, udang dan tauhu (masukkan sedikit air jika perlu). Kacau hingga masak kemudian masukkan mi, sawi, taugeh, daun bawang, kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment