(photo : www.amybsweightlossblog.bl ogspot.com)
BAHAN :
Doh pizza (Lihat resipi asas doh pizza)
BAHAN PES:
2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar tomato sos
Lada sulah, garam & gula secukup rasa
BAHAN TABURAN ATAS :
Isi ayam dipotong dadu & dipanggang/rebus
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 biji capsicum dihiris nipis
3 keping nenas dipotong kiub
Keju mozarella diparut secukupnya
CARA :
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan puri tomato, sos tomato, gula, garam & lada sulah. Sesuaikan rasa.
Ratakan pes tomato di atas doh pizza. Tabur ayam, capsicum, nenas dan cendawan. Tutup pizza dengan parutan keju. Bakar sehingga keju di atas pizza cair dan kulit pizza berubah keperangan.
No comments:
Post a Comment