BAHAN:
200g pasta pilihan dicelur mengikut arahan pada kotak
3 camb sos tomato
1 camb sos cili
2 camb minyak
5 biji cendawan butang besar dihiris nipis
200g daging kisar
1 sudu kecil halia kisar
2 ulas bawang merah kisar
1 sudu kecil rempah kari
1 batang daun sup dimayang halus
1 keping roti direndam & diperah
1 biji telur
Garam dan lada sulah mengikut rasa
1/2 cawan stok daging
CARA:
1. Gaul daging kisar, halia, bawang merah, rempah kari, daun sup & roti. Masukkan telur & gaul sebati. Bentukkan bebola daging. Gril selama 5-10 minit hingga bebola daging masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan sos tomato & sos cili bersama stok daging. Masukkan pasta, cendawan & bebola daging. Sesuaikan rasa dgn garam & lada sulah. Semasa menghidang, taburkan keju parmesan jika suka.
No comments:
Post a Comment