BAHAN:
10 biji kentang dipotong dadu besar
1 camca teh lada sulah
1/2 cawan susu segar
garam secukup rasa
500ml air
2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar dicincang
1 batang saderi dicincang
40g mentega
20g tepung gandum
1 camt serbuk lada hitam
1/2 camt kicap pekat
sedikit garam
CARA:
Rebus kentang sehingga empuk. Tumbuk sehingga lumat ketika masih panas. Putar kentang dengan mesin pemutar dengan kelajuan perlahan dan masukkan garam, lada sulah & susu segar.
Untuk sos, didihkan air bersama kiub pati ayam. Masukkan daun saderi dan bawang besar. Renihkan selama 10 mint. Tapis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau seketika di atas api kecil. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan kicap pekat. Masak sehingga mendapat kepekatan yang disukai.
No comments:
Post a Comment