Monday, May 30, 2011

Kuey Teow Pattaya



BAHAN:
1 biji bawang putih dicincang halus
250g kuey teow
30g isi ayam
30g sotong
30g udang
1 sudu sos ikan Nam Pla
1 sudu kicap manis
2 biji telur
Garam dan serbuk perasa

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, udang & sotong dan biarkan hingga masak. Masukkan kuey teow, sos ikan Nam Pla dan kicap manis. Sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perasa. Ketepikan.

Dadarkan telur di dalam kuali berasingan. Masukkan kuey teow yg telah masak ke dalam telur dan bungkus bentuk empat segi. Taburkan bawang goreng dan hirisan cili merah utk hiasan. Sedia dihidangkan.


No comments:

Post a Comment