Friday, May 27, 2011

Kuey Teow Kantonis



(Photo : Unknown)

BAHAN:
150g kuey teow
100g isi ayam dihiris nipis
5 ekor udang dibuang kulit
1 ekor sotong dipotong bulat
Sayuran pilihan
1 biji telur
1 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
1 sudu kecil minyak bijan
3 cawan air
Garam, lada sulah dan serbuk perasa

CARA:
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam, udang, sotong, minyak bijan & sos tiram. Masukkan sayuran dan bancuhan tepung jagung. Masukkan kuey teow dan kacau sebati. Pecahkan telur ke dalam kuey teow dan sesuaikan rasa dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment