Thursday, March 15, 2012

Udang Goreng Serai






BAHAN:
500g udang sederhana dibersihkan
50g bawang merah dikisar halus
2cm halia dikisar halus
2camb cili giling
10 batang serai
1 biji limau nipis diambil jus
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Udang digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam. Goreng hingga masak. Ketepikan.

Serai dimayang halus kemudian digoreng hingga garing & wangi. Ketepikan.

Tumis cili giling bersama bahan kisar hingga garing & pecah minyak. Masukkan udang & jus limau. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Goreng hingga kuah agak kering & melekat pada udang. Masukkan serai. Kacau rata. Sedia utk dihidangkan.


Monday, March 12, 2012

Udang Goreng Kunyit





BAHAN:
15 ekor udang dibersihkan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perisa

CARA:
Gaul udang dgn sedikit serbuk kunyit & garam. Panaskan kuali & masukkan udang. Gunakan api kecil sehingga air udang kering, baru dimasukkan minyak. (ini utk mengurangkan udang menyerap minyak)

Besarkan sedikit api & goreng udang hingga masak. Masukkan bawang, cili merah & cili hijau. Goreng sehingga bawang & cili layu. Renjis serbuk perisa jika perlu. Sedia utk dihidangkan.

NOTA: Sekiranya suka boleh dimasukkan juga sayuran spt kacang panjang, kacang buncis, bunga kobis atau brokoli sbg pelengkap hidangan ini.


Saturday, March 10, 2012

Udang Goreng Marmite






BAHAN:
10 ekor udang sederhana dibersihkan
2 camb marmite
1/2 cawan stok ayam
5 helai daun kari
5 biji cili padi dihiris
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Goreng udang hingga masak. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan daun kari & cili padi. Goreng hingga wangi. Masukkan stok ayam & marmite. Kacau rata. Masukkan udang & goreng sehingga kuah pekat. Masukkan gula, garam & serbuk perisa. Biarkan hingga kuah hampir kering baru diangkat.


Wednesday, March 7, 2012

Udang Kam Heong


(photo : www.nava-k.com)

BAHAN:
15 ekor udang sederhana dibersihkan
2 camb udang kering
5 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
10 biji cili padi dihiris
1 camb serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
2 camb sos soya hitam
2 camb sos soya biasa
2 camb sos tiram
8 helai daun kari
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:
Udang kering direndam didalam air lebih kurang 15 minit kemudian toskan & ditumbuk kasar. Tumis udang kering sehingga wangi. Masukkan bawang merah & bawang putih. Goreng selama beberapa minit kemudian masukkan serbuk kari & biarkan agak garing baru masukkan udang, sos tiram dan sos soya. Kacau rata. Masukkan daun kari & cili padi. Goreng lagi beberapa minit. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.


Sunday, March 4, 2012

Udang Masak Taucu



BAHAN:
300g udang sederhana dibersihkan
20g taucu
5 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2cm halia dikisar halus
2 biji cili merah dikisar halus
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan
2 batang serai dititik
1 biji cili merah dipotong memanjang
1 biji cili hijau dipotong memanjang
Gula, garam & serbuk perisa

CARA:
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa, taucu & serai. Biarkan mereneh hingga kuah agak pekat. Masukkan udang, potongan cili merah & cili hijau. Kacau sehinga udang setengah masak. Masukkan santan. Kecilkan api & kacau hingga mendidih & udang masak. Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.

NOTA:
Tidak perlu tambah garam jika kemasinan taucu sudah mencukupi


Tuesday, February 28, 2012

Udang Goreng Telur





BAHAN:
300g udang dibersihkan
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1cm halia dimayang
5 biji cili kering dipotong kecil
1 batang daun bawang dipotong kasar
3 biji telur ayam
Serbuk kunyit
Garam & gula

CARA:
Gaul udang dgn garam, serbuk kunyit & sedikit gula. Perap selama 15 minit. Telur dipukul dgn sedikit garam & gula. Ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia & cili kering hingga wangi. Masukkan udang & goreng hingga udang masak. Masukkan telur & daun bawang. Kacau sebati. Sedia utk dihidangkan.


Saturday, February 25, 2012

Udang Goreng Telur Masin



BAHAN:
400g udang dibersihkan
1 biji limau nipis ambil jus
3 biji telur masin (rebus & ambil kuningnya saja)
3 ulas bawang putih dicincang
5 camb tepung jagung
1/2 cawan air
1 camb margerin
Sedikit hirisan daun bawang
Garam, gula & serbuk perisa

CARA:

Perap udang dgn garam, jus limau & serbuk kunyit selama 15 minit. Gaul dgn tepung jagung & goreng hingga masak. Ketepikan.

Lecek telur masin hingga halus. Panaskan margerin & tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air & biarkan mereneh seketika. Masukkan telur masin & kacau rata. Masukkan udang & daun bawang. Sesuaikan rasa dgn gula, garam & serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.