Sunday, October 9, 2011

Maggi Tomyam




BAHAN
2 bungkus maggi perisa tomyam
5 ulas bawang putih diketuk

5 helai daun limau purut
5 cawan air
5 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
2 ekor sotong dipotong bulat
Sedikit isi ayam diotong kecil
6 ekor udang dibuang kulit
1/2 biji limau nipis di ambil jus

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan 5 cawan air, serai, limau purut & isi ayam. Biarkan mereneh seketika. Masukkan perencah tomyam, cili padi, udang & sotong. Biarkan hingga udang & sotong masak baru masukkan maggi.  Kacau sebentar. Perah jus limau nipis. Sedia utk dihidangkan.


Thursday, October 6, 2011

Maggi Goreng Pattaya




BAHAN
1 bungkus maggi perisa ayam (dicelur & toskan)
Sedikit isi ayam dipotong kecil

Sayur sawi dipotong
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 sudu teh cili boh
Sedikit kicap
Garam & serbuk perisa
Sedikit lada sulah
2 biji telur

CARA
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukan cili boh & tumis sehingga wangi. Masukkan isi ayam, perencah maggi & sedikit air. Biarkan sehingga ayam masak. Masukkan sawi dan masak sehingga sawi layu. Masukkan kicap & maggi. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. Angkat & ketepikan.

Pukul telur bersama lada sulah. Dadarkan telur di dalam kuali bersama sedikit minyak. Setelah telur masak tutup api. Masukkan maggi di atas telur dadar dan lipat telur seperti membuat telur bungkus. Terbalikkan telur di atas pinggan. Sedia utk dihidangkan.


Monday, October 3, 2011

Murtabak Maggi



(photo : www.azzariyat.com).

BAHAN:
1 bungkus maggi dicelur & ditoskan
3 biji telur
1/2 biji bawang besar dicincang halus
1 biji cili merah dipotong nipis
Isi ayam dicincang
Perencah maggi
Daun bawang dihiris halus

CARA:
Isi ayam direbus sehingga masak & diketepikan. Pukul telur bersama bawang, cili merah, daun bawang & perencah maggi. Masukkan maggi yg telah dicelur & isi ayam. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masak bancuhan tadi seperti memasak telur dadar.

Hidangkan bersama jeruk bawang.


Friday, September 30, 2011

Maggi Goreng




BAHAN:
5 ulas bawang putih dicincang halus
100g isi ayam dipotong kecil
6 ekor udang besar dibuang kulit
1 sudu kecil cili boh
2 biji cili merah dipotong nipis
Sedikit sawi dipotong
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garan dan serbuk perisa
3 bungkus maggi dicelur & ditoskan

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga garing. Masukkan udang, kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram & sedikit air. Biarkan sehingga udang masak. Masukkan sawi & cili merah. Biarkan seketika sebelum dimasukkan maggi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.


Tuesday, September 27, 2011

Sup Mee Suah




BAHAN
4 keping mi suah
4 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang putih diketuk
2 biji cili merah dihiris halus
1 kiub pati ikan bilis
5 ekor udang besar
100g isi ayam dipotong kecil
5 biji fishball dibelah dua
Sayuran pilihan dipotong (sawi, kubis, lobak merah dsb)
1 biji tomato potong 6
Air secukupnya
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Garan dan serbuk perisa

CARA

Tumis bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng lagi sehingga garing. Masukkan isi ayam & air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan pati ikan bilis, udang & sayuran pilihan. Biarkan mereneh seketika. Sesuaikan rasa dgn garam, serbuk lada sulah dan serbuk perisa.

Masukkan buah tomato, fishball dan pecahkan telur. Masukkan mi suah dan biarkan seminit dua sebelum tutup api. Hidangkan segera krn sup mi suah tidak sesuai dibiarkan lama krn mi suah akan kembang dan menyerap kuah. Taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang.


Saturday, September 24, 2011

Mee Soto



BAHAN
300g mi kuning dicelur
300g daging dipotong nipis

1 keping dada ayam
1 paket sup bunjut
1 inci halia ditumbuk pecah
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
30g taugeh
1 sudu teh cuka
1 sudu besar kicap manis

BAHAN BERGEDIL
300g daging cincang
100g kentang rebus dilecek
1/2 cawan bawang goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur

BAHAN SAMBAL SOTO
5 biji cili merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kicap masin
6 sudu besar kicap manis
2 biji limau kasturi diperah airnya

CARA
Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut dan dada ayam. Biarkan sup terus mereneh dan dada ayam masak. Angkat dan ketepikan dada ayam. Masukkan cuka dan kicap manis ke dalam sup. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perisa. Hidangkan sup bersama mi kuning, taugeh, isi ayam yg telah disiat, bergedil, sambal soto dan taburan daun sup, daun bawang & bawang goreng.

CARA MEMBUAT BERGEDIL
Gaulkan kesemua bahan, kepal dan bentukkan leper dan digoreng hingga keemasan.

CARA MEMBUAT SAMBAL
Panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga garing. Masukkan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga mendidih dan masukkan kicap manis, kicap masin dan perahan limau kasturi. Biarkan sehingga agak pekat.


Wednesday, September 21, 2011

Sup Mee Sanggul Dengan Barli



BAHAN:
7 keping mi sanggul
300g udang besar dibersih & kupas kulit utk dibuat stok
1 kiub pati ayam/bilis

1 ikat sawi dipotong 1 inci
1 sudu besar sebuk lada hitam
10 ulas bawang merah dikisar
4 biji buah keras dikisar
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan barli
1 sudu besar lobak asin

CARA

Panakan 3 sudu besar minyak dan goreng kulit udang yg telah dikupas. Goreng sampai warnanya bertukar kemerahan kemudian tuang 3 mangkuk air. Biarkan mendidih selama 5 minit dan tutup api. Sejukkan sebentar sebelum dikisar halus & tapis ambil airnya sahaja.

Masukkan beras barli yg telah dibersihkan ke dalam stok udang dan rebus sehingga barli kembang & empuk. Tambahkan lada hitam & garam secukup rasa. Ketepikan.

Di dalam periuk lain panaskan 4 sudu besar minyak sapi & tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang dan teruskan menumis sehingga udang masak. Tuang air rebusan kulit udang dan masukkan kiub pati ayam/bilis. Biarkan mendidih barulah dimasukkkan sawi. Bila agak layu angkat dari dapur.

Letakkan mi sanggul di dalam pinggan. Curahkan kuah ke atasnya dan tabur dgn hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & lobak masin.